berita

[VIDEO] Jalan Jammed, Fasha Sandha ‘Tumpang’ Abang Modenas.. Bertuah Kau Dik!

December 15th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Bagi seorang artis, sudah menjadi kewajipan mereka untuk sentiasa menjaga masa dalam apa jua keadaan sama ada ketika pengambaran, mesyuarat mahupun bertemu peminat. Jika seseorang artis itu tidak bijak menguruskan waktunya, mereka akan digelar artis bermasalah dan akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan ‘job’.

Itulah yang dikongsikan oleh pelakon jelita Fasha Sandha apabila baru-baru ini dia telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan dia sedang membonceng sebuah motosikal. Difahamkan, Fasha telah membuat keputusan untuk menaiki motosikal kerana tidak ingin tersangkut didalam kesesakan lalu lintas. Tambahan pula, dia perlu segera tiba di lokasi untuk menghadiri satu mesyuarat penting.

Asal cepat sampai

https://www.instagram.com/p/Bcofl3mB5SH/?hl=en&taken-by=fashasandha

Video tersebut menunjukkan Fasha tidak kisah untuk menaiki motosikal asalkan cepat sampai di lokasi. Dia juga turut berpesan kepada pengikutnya supaya tidak memandang rendah kepada individu yang menaiki motosikal.

Dipuji netizen

Ternyata, tindakan Fasha menaiki motosikal kapcai itu mendapat perhatian para netizen. Rata-rata memuji tindakan Fasha ini ‘sempoi’ kerana dia tidak berasa segan untuk membonceng motosikal kapcai untuk ke tempat kerja. Tidak seperti artis lain, ada diantara mereka yang tidak gemar untuk menaiki motosikal kapcai kerana menganggap tindakan tersebut akan menjatuhkan reputasi mereka sebagai seorang artis.

 

Tindakan Fasha yang sentiasa mementingkan penjagaan masa sememangnya wajar dipuji dan menjadi contoh kepada artis lain. Tak kisahlah naik motorsikal atau kenderaan awam, yang paling penting adalah untuk tiba awal di lokasi yang telah ditetapkan. Apa-apa pun Fasha memang ‘sempoi’ dan masih lagi kelihatan cantik walaupun menaiki motosikal.

Sumber: Fasha Sandha

 

 

 

SKIP THIS AD ×