berita

‘Jangan Samakan Family Awak Dengan Saya’ – Syatilla Melvin Jawab Dakwaan Kasar Dengan Anak

February 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Umum mengetahui bahawa Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah menimang cahaya mata lelaki yang digelarkan sebagai Mat Yip. Selepas kelahiran Mat Yip, satu akaun Instagram untuknya telah dibuat dibawah pemantauan daripada Syatilla Melvin sendiri. Banyak gambar dan video tentang perkembangan Mat Yip telah dimuatnaik melalui akaun tersebut untuk dikongsi bersama peminat. Namun, seakan menjadi satu tradisi apabila ada sahaja isu yang ingin dibangkitkan oleh peminat tentang apa-apa yang dilakukan oleh seseorang artis.

Terbaru, Syatilla Melvin telah memuatnaik gambarnya bersama Mat Yip dengan caption yang mencuri tumpuan. Namun captionnya itu telah diangkat menjadi isu oleh segelintir peminat dengan menyifatkan bahawa cara Syatilla bercakap dengan anak agak kasar.

‘Saya dok perati @samtilla selalu cakap kasar dengan anak’

Gambar tersebut telah mendapat like sebanyak 69,895 dengan lebih dari 500 komen ditinggalkan sejak dimuatnaik malam tadi.

Seorang pengguna media sosial telah menegur secara terbuka cara percakapan Syatilla yang disifatkan sebagai kasar dengan anaknya. Katanya lagi, anak-anak akan mengikut cara bagaimana ibu bapa mendidik dan dia berasa sedih serta malu dengan setiap caption yang dimuatnaik oleh Syatilla. Tambahnya lagi dari bahasa dan penulisan seseorang boleh menunjukkan keperibadian mereka.

‘Jangan samakan family awak dengan family saya, dik’

Namun, Syatilla membalas komen tersebut dengan meminta agar pengguna akaun tersebut tidak menyamakan keluarga mereka dan menegaskan bahawa dari dulu lagi mereka dah dididik begitu tapi masing-masing membesar menjadi orang yang berguna.

‘Mesti sebab nak @samtilla reply komen’

Ada juga yang anggap komen-komen negatif tersebut hanya ingin perhatian daripada Syatilla je. kebanyakkan followers Syatilla menganggap caption sebegitu adalah perkara biasa untuk orang dari utara.

Credit: syerivsamheizy

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×