berita

Janna Nick Mohon Maaf Pakai Seluar Terlalu Ketat Di Melodi

March 12th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Aktress kesayangan ramai, Janna Nick telah diumumkan menjadi pengacara baru bagi segmen Melodi yang ditayangkan pada setiap hujung minggu melalui saluran TV3. Dia muncul dengan mengenakan seluar yang sedikit sendat bagi mengacarakan segmen tersebut pada ahad lalu. Kesannya, dia dikecam hebat oleh segelintir peminat namun tidak kurang juga yang menasihatinya agar tidak berpakaian mencolok mata selepas ini.

Terbaru, Janna Nick memuatnaik dua video melalui instastoriesnya bagi menjelaskan perkara tersebut dan memohon maaf kepada peminat.

‘Kami dah kata kami tak boleh pakai seluar skinny..’

Dia meminta pembantu peribadinya untuk menjelaskan perkara tersebut. Janna Nick mengakui bahawa dia tidak boleh memakai seluar skinny tersebut dan telah memilih seluar lain yang lebih sopan. Namun pembantunya tenang menjawab bahawa seluar skinny tersebut lebih berpadanan dengan penampilannya pada waktu itu.

‘Saya terima teguran semua..’

Bagaimanapun, Janna Nick mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada semua peminat. Dia juga akan mencuba untuk mengelakkan pemakaian sebegitu dikemudian hari. Apa-apa pun admin pasti Janna Nick akan lebih berhati-hati selepas ini dan mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku.

Credit: Janna Nick

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×