berita

Jelajah Seni Budaya Di Kuala Lumpur Dan Korang Berpeluang Jumpa Siti Saleha In Person! Wah!

March 12th, 2018 | by Azyanshor
Shout Out!

Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia memang terkenal sebagai sebuah negara yang memiliki pelbagai kesenian dan kebudayaan. Jadi, memang banyaklah tempat best yang korang boleh lawati untuk mendalami seni yang kita ada.

Haa, alang-alang cakap pasal seni, admin ada berita baik nak bagitau korang ni. Korang tahu tak ada satu kempen melibatkan seni yang bakal diadakan di beberapa lokasi seni terpilih di Kuala Lumpur dan ia lain dari yang lain. Nak tahu apa yang lain? Meh baca artikel ni sampai habis dan jangan lupa share okay?

Kempen BAS KL? Tak pernah dengar pun?

Untuk pengetahuan korang, kempen Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur atau BAS KL dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau CENDANA bagi menarik minat rakyat Malaysia supaya lebih menghargai seni dan kebudayaan yang ada di negara kita ni.

So, kempen ni adalah salah satu langkah yang diambil oleh CENDANA untuk menunjukkan Kuala Lumpur sebenarnya mempunyai keunikan, kesenian dan kebudayaannya yang tersendiri.

Sebab itulah ada banyak tempat menarik kat KL yang memaparkan kesenian dan kebudayaan yang kita miliki ni dipilih untuk menunjukkan identiti Kuala Lumpur sebagai bandar seni dan budaya. Nak tahu kat mana lokasi tersebut, korang kena teruskan baca artikel ni okay.

Di mana lokasi kempen tu dan bila ia dibuat ya?

Disebabkan kempen BAS KL yang bakal dijalankan ini berbentuk art discovery dan ia memerlukan korang untuk pergi ke lokasi berlainan sekitar KL, haaa di bawah ni admin senaraikan siap-siap untuk korang tempat yang telah ditetapkan iaitu :

  • Jadi Batek
  • Lost In Chinatown
  • Illusion 3D Art Muzium
  • KL City Gallery 
  • Dewan Filharmonik Petronas
  • Kuala Lumpur Performing Arts Centre
  • Galleri Ilham (buka dari 26 Mac)
  • Galeri PETRONAS (buka dari 20 Mac)
  • RIUH (24-25 Mac sahaja)
  • Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia
  • Carcosa Seri Negara
  • Muzium Kesenian Islam Malaysia
  • Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
  • Balai Seni Negara

Mungkin ada antara destinasi yang mungkin familiar dengan korang dan mungkin tidak. Kalau korang tak pernah dengar pun beberapa lokasi kat atas, masa inilah yang paling sesuai untuk korang datang ke lokasi di atas tu. Jom baca info yang admin sediakan tentang beberapa lokasi kat korang.

Carcosa Seri Negara

Kalau korang nak tahu, Jalan Merdeka” yang merupakan pameran khas anjuran Muzium Warisan Asia diadakan di Carcosa Seri Negara. Pameran ni dapat sambutan besar tau sebab ia mempamerkan artifak yang tidak pernah dilihat sebelum ini untuk memberitahu kepada masyarakat tentang sejarah yang tidak tercatat ketika menuju kemerdekaan Tanah Melayu dahulu. Salah satu artifak yang ada adalah, ‘Buku Merdeka’ yang diterbitkan pada tahun 1957 yang merupakan buku asal yang menceritakan tentang kemerdekaan kita.

Korang tak rasa teruja ke nak tengok apa lagi artifak yang dipamerkan dan ambil tahu apakah sejarah yang tidak tercatat tu? Apa kata kali ini, korang datang ke Carcosa Seri Negara dan lihat sendiri. Carcosa Seri Negara terletak di Jalan Kebun Bunga, Kuala Lumpur. Haa alamat dah bagi, tinggal korang jejakkan kaki ke situ je.

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Di sini ada 8 galeri di bawah satu bumbung tau! Wah, mesti banyak info yang korang boleh dapat nanti. Salah satu galeri yang menjadi tarikan di sini ialah Galeri Kanak-kanak sebab galeri ni ada pelbagai permainan interaktif, Terowong Sejuta Ringgit, dan pelbagai lagi. Tunggu apa lagi, bawa anak-anak korang ke sini dan biar diorang explore galeri ni okay.

Terletak di Sasana Kijang di Jalan Dato Onn, dekat sini jugak korang boleh tahu pelbagai fungsi dan tanggungjawab utama Bank Negara Malaysia dan korang boleh tengok macam-macam koleksi seni bank negara dari Asia Tenggara sejak tahun 1962 tau. Menarik kan? Oh ya, masuk adalah percuma!

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Jangan tak tahu, Muzium Kesenian Islam Malaysia dinobatkan sebagai muzium terbaik negara dan muzium terbesar di Asia Tenggara tau. Bukan tu je, muzium ini dipilih oleh Trip Advisor Travellers Choice Awards pada tahun 2017 sebagai salah satu muzium terbaik di Asia. Wah!

Bukan tu je, Perpustakaan Kanak-Kanak pun ada tau dan setiap hujung minggu akan ada aktiviti best untuk diorang kat sini. Nak tahu aktiviti apa korang kena datang sini yer. Oh ya, kalau korang teringin nak tengok Al-Quran sebesar jari dan pelbagai lagi koleksi seni berkaitan Islam, korang wajib datang ke sini. Tiket masuk percuma ye kepada kanak-kanak bawah 6 tahun.

RIUH

RIUH ni pulak adalah creative platform kepada penggemar seni. Terletak di APW Jalan Riong Bangsar, kat sinilah diorang yang mencintai seni akan berkumpul dan memeriahkan suasana. Sure happening punyalah!

Kalau korang nak berjinak-jinak dengan seni, korang join RIUH okay sebab RIUH turut mengendalikan pelbagai workshop, bengkel kreatif dan persembahan secara langsung. Macam-macam jenis makanan pun ada tau. Kalau korang nak tahu lebih lagi pasal RIUH, korang follow diorang ni di ig @riuhinthecity

Dewan Filharmonik Petronas

Dewan yang tersergam indah ni adalah dewan konsert pertama di Malaysia yang dibina khas untuk muzik klasik. Lokasi dewan ni dekat Menara Berkembar Petronas (KLCC) je guys. Dewan ni jugak pernah menjadi tuan rumah kepada ramai seniman tempatan dan antarabangsa tau. Korang yang penggemar muzik terutama muzik klasik tu jangan lepaskan peluang untuk jejakkan kaki ke sini okay.

Oh ya, pada Mac ni bakal berlangsung Family Fun Concert yang bertajuk ‘Adventures In The Magical Kingdom’ oleh Malaysian Philharmonic Youth Orchestra tau (25 Mac 2018). Inilah masanya untuk korang layan halwa telinga korang dengan muzik yang mengasyikkan ni.

Ini sebabnya kenapa korang wajib datang ke setiap venue BAS KL nanti!

Korang yang tinggal kat KL, young parents dan apatah lagi korang yang ada anak-anak yang masih bersekolah tu, jangan lepaskan peluang untuk join! Masa ni lah korang boleh guna untuk tanam rasa sayang dan penghargaan terhadap kesenian yang ada di Malaysia dalam diri anak-anak.

Daripada habiskan masa kat shopping mall, apa kata kali ni korang bawak anak-anak korang merasai pengalaman ‘melancong’ ke destinasi seni yang dah disenaraikan kat atas tu. Baru awesome!

Lagipun, salah satu tujuan utama BAS KL adalah untuk dedahkan korang dengan menyerlahkan destinasi seni, galeri dan kepelbagaian tarikan seni negara. Jadi, why not korang support kempen ni supaya kita lebih menghargai setiap aspek kebudayaan dan kesenian yang negara kita miliki. Tak gitu?

Peluang untuk korang berjumpa dengan Siti Saleha sebagai duta BAS KL!

Bukan tu je, melalui kempen ni jugak korang berpeluang untuk meet and greet dengan pelakon cantik Siti Saleha tau sebab Siti Saleha adalah duta rasmi BAS KL! Masa inilah yang korang boleh rebut untuk selfie dengan pelakon cantik ni!

Bukan setakat selfie, korang jugak berpeluang untuk menikmati hi-tea experience dan museum tour dengan artis cantik ni. Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni. Tunggu apa lagi, rebut lah sekarang.

Korang boleh follow instagram CENDANA @cendanamalaysia dan instagram Siti Saleha @sallywho untuk maklumat lanjut tentang ni okay.

Bukan sekadar melawat, korang boleh menang hadiah jugak tau!

Macam yang admin cakap tadi, BAS KL ni lain dari yang lain sebab diorang menggunakan digital passport yang menggunakan kod QR (Quick Response) untuk make sure jelajah seni ni berjalan dengan lebih efektif.

Caranya, korang scan je kod QR dekat handphone dan korang akan dapat semua info pasal BAS KL. Tapi sebelum tu korang buka dulu tau akaun BAS KL. Lepas tu isi je maklumat yang diminta dan korang akan dapat digital stamp. Bila korang pergi ke setiap venue BAS KL, jangan lupa scan kod QR dan dengan digital stamp tulah korang boleh tuntut hadiah apabila stamp korang dah lengkap.

Sebelum korang boleh tebus hadiah selepas selesaikan perjalanan art discovery korang, semua maklumat untuk korang tebus hadiah akan dihantar ke emel yang korang guna untuk daftar akaun BAS KL tadi tau. Nak lebih faham, korang tengok kat bawah ni cara-caranya.

Haa mudah dan fun kan? Kalau korang nak tahu lebih lagi, korang pergi je ke laman web diorang. Klik kat sini. Jom ramai-ramai support BAS KL. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak menghargai setiap keunikan kesenian dan kebudayaan yang negara kita ada kan. Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.

Azyanshor

“Life is too short to spend it with people who annoy you.” -Mr.Forman Instagram:@azyanshor

Most Read Today