berita

Jemaah Tidak Perlu Risau, Tiada Masalah Ke Jabar Nur

April 21st, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Terbaru tular di media sosial mengenai halangan jemaah menziarahi lokasi bersejarah di sekitar kota Makkah. Turut juga dikatakan jemaah Malaysia dilarang mengunjungi Jabal Tsur, Jabal Nur dan Jabal Rahmah.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ini Sebab Kenapa Kementerian Haji Saudi Haramkan Ziarah Jabal Nur & Gua Hirak

Perkataan ‘DIHARAMKAN’ pada gambar berkenaan telah menimbulkan persoalan dari jemaah yang baru tiba di Tanah Suci. Sejauh manakah kebenaran terhadap dakwaan ini? Pengarah Urusan Zainal Kembara, Zainal Abidin Yusof tampil memberi pencerahan terhadap khabar angin berkenaan.

Jemaah tidak perlu risau

Menurut BH Online, Zainal Abidin Yusof menyifatkan jemaah tidak perlu risau mengenai berita yang telah tular itu kerana terbukti jemaah umrah boleh menjejakkan kaki ke tempat berkenaan. Malah mesej tersebut menakutkan jemaah termasuk waris mereka di tanah air.

Sebahagian besar pengendali umrah mendapat permit bas daripada syarikat yang ditetapkan oleh Kementerian Haji dan tiada larangan untuk berziarah.

Tambahnya lagi, jika agensi pengendali umrah mempunyai permit sah daripada Kementerian Haji Arab Saudi untuk membawa jemaah berziarah, tidak timbul sebarang masalah seumpama itu.

Hindari aktiviti khurafat

Walaubagaimanapun, Jabal Tsur dan Jabal Noor tidak termasuk dalam atur cara jemaah umrah sejak kebelakangan ini bagi mengelakkan kesesakan serta perbuatan khurafat dalam kalangan segelintir jemaah dari negara lain.

Sehingga lewat petang semalam, ramai jemaah yang membangkitkan perihal larangan itu sehingga mencetuskan kebimbangan.

Credit: BH Online

SKIP THIS AD ×