berita

Jenazah Datuk Aziz Sattar Akan Dikebumikan Selepas Zohor Hari Ini

May 6th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Keuzuran-Halang-Aziz-Satar-Terlibat-Dalam-Bidang-Seni-2

Baru sahaja semalam OHBULAN menyiarkan kisah Datuk Aziz Sattar yang dikejarkan ke hospital kerana mengalami serangan jantung.

Namun pagi ini seluruh masyarakat menerima berita sedih apabila seniman tersohor itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2 pagi tadi di Pusat Perubatan KPJ Kajang.

Perkara tersebut disahkan oleh cucu Allahyarham, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi akaun Twitter miliknya.

Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah.

Difahamkan, Pak Aziz mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi sebelum beliau tidak sedarkan diri selepas itu.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Cheras selepas urusan memandikan jenazah dilakukan pada jam 11 pagi di kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussein Onn.

Sekadar mengimbas kembali, Allahyarham merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P. Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok.

Presiden Kebajikan Artis, Aziz Sattar Rela Jika Ada Yang Mahu Rampas Jawatan

Tidak hanya berlakon, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Pak Aziz. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

SKIP THIS AD ×