berita

‘Jerawat Letak Cream Boleh Hilang, Mulut Longkang Macam Awak?’ – MUA Terkenal Selar Kecaman Netizen

December 18th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Nampaknya, Uqasha Senrose sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila foto bahagian belakang badannya yang dikatakan mempunyai jerawat dikecam ramai. Netizen mencadangkan Uqasha memakai pakaian yang lebih tertutup untuk mengelakkan beliau menjadi bahan kutukan.

Artikel berkaitan :  ‘Muka Je Flawless Tapi Badan..’ – Upload Foto Nampak Bahagian Belakang, Uqasha Senrose Buat Netizen ‘Terkelu’

Make up artis terkenal, Alha Alfa di instagramnya meluahkan rasa geram dengan ‘keyboard warrior’ yang berterusan menjadi kesalahan Uqasha.

Jerawat sapu cream boleh hilang, mulut longkang?

 

Walaupun mendapat kritikan bertubi-tubi dari netizen, Uqasha Senrose mengambil langkah berdiam tanpa memberikan sebarang respon. Namun, sebagai seorang make up artis yang rapat dengan Uqasha, Alha meluahkan rasa kecewa dan marah dengan sikap netizen yang seakan-akan menghina ciptaan Allah. Tambah Alha lagi, tiada siapa yang suka tubuh badan ditumbuhi jerawat. Janganlah sesuka hati menghina.

Menurut Alha lagi, dia mahu menutup jerawat tersebut namun dihalang Uqasha. Kata Uqasha, biarlah orang tahu manusia tidak sempurna.

sumber : Uqasha Senrose

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×