berita

‘Jika Benar Awin Amalkan Ilmu Hitam Seperti Yang Didakwa, Buktikan’- Izzue Islam

May 15th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Selain menjadi penyanyi, ahli kumpulan Forteen Izzue Islam juga menceburi dalam bidang lakonan. Boleh dikatakan Izzue antara artis paling menyinar dalam industri hiburan tanah air. Tetapi bila popular, pastinya ada sesetengah pihak yang iri hati sehingga melemparkan tuduhan yang bukan-bukan.

Antaranya ialah apabila seorang individu ini menuduh isterinya, Awin mengamalkan ilmu hitam. Berang apabila mendengar perkara seperti itu, ini respon Izzue Islam.

Buat tuduhan seperti tiada ada agama..

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mahu individu yang menuduh isterinya mengamalkan ilmu hitam segera menghentikan buli siber di sosial media. Izzue juga berkata bahawa Awin terpaksa menenangkan dirinya agar tidak cepat melatah.

Ini bukan kali pertama tohmahan dilemparkan terhadap kami. Kali ini, ia meninggalkan impak berbeza kerana memfitnah dan menuduh isteri menggunakan bomoh terhadap saya.

Saya terkilan kerana individu yang membuat tuduhan seperti tidak ada agama dan tidak beri bukti.

Hentikanlah buli siber kerana ia memberi impak negatif kepada banyak pihak. Jika kurang pasti, jangan mulakan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya… Mentaliti begini harus dihentikan.

‘Pasangan mana yang tidak mahu cahaya mata?’

Izzue juga menggesa penyebar fitnah terbabit tampil beserta bukti, bukannya berselindung disebalik akaun palsu.

Jika benar Awin mengamalkan ilmu hitam seperti yang didakwa, buktikan dan tunjuk bomoh yang digunakan. Perkara ini bukan membabitkan akaun palsu, sebaliknya beberapa individu.

Tambah Izzue, dia juga kecewa kerana ada yang mempersoalkan mengenai zuriat.

Pasangan berkahwin mana yang tidak mahu cahaya mata? Jangan tuduh sesuka hati saja.

Sumber: Berita Harian

Save

Save

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.

Most Read Today