berita

‘Jika Ingin Dibandingkan Dengan Remaja Lain, Haqiem Jauh Lebih Bertuah’ – Sufian Suhaimi

June 20th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Nampaknya isu Haqiem Rusli masih lagi menjadi bualan hangat netizen sehingga ke hari ini. Walaupun penyanyi itu masih belum memberi respon mengenai isu ini, namun sudah ramai yang memberikan kata-kata sokongan buatnya.

Terbaru, giliran Sufian Suhaimi pula memberi nasihat buat penyanyi itu. Menurutnya, dia juga pernah menghadapi situasi yang sama dan berharap agar Haqiem lebih arif tangani masalah sebegini.

Haqiem lebih bertuah

Saya tidak tahu nak cakap kemurungan diperkatakan Haqiem di laman Instagram miliknya sesuai dengan situasi dilalui sekarang. Bagi saya, dia jenis teliti hinggakan masalah kecil dihadapi dia akan terlalu berfikir mengenainya. Kalau betul dia mengalami masalah ini, bagi saya ia masih terkawal. Lagi pun, dia tidak duduk seorang diri sebaliknya tinggal bersama keluarga.

Dalam masa sama, dia masih mendapat sokongan moral tinggi daripada orang sekeliling dan peminat. Jika ingin dibandingkan dengan remaja lain, kehidupan Haqiem jauh lebih bertuah. Sebagai rakan, saya menghormati setiap apa dilakukan. Cuma, saya berasakan dia tidak akan berhenti menyanyi.

Sufian popular menerusi lagu Di Matamu berkata, Haqiem juga sering berkongsi masalah dihadapi membabitkan hal peribadi, kerjaya dan perhubungan dengan rakan.

Dia sepatutnya lebih arif

Setiap kali dia berkongsi masalah, saya juga bercerita pengalaman yang pernah dilalui dan cara macam mana mengatasi terutama ketika putus tunang. Malah, Haqiem lebih banyak tahu masalah sebenar yang berlaku.

Dari situ, dia boleh belajar dan dijadikan motivasi untuk keluar dari masalah. Mungkin juga masalah dihadapi sekarang adalah perkara baru untuknya. Kalau nak bercakap soal tertekan dalam industri, dia sepatutnya sudah arif kerana lebih dahulu terbabit bidang ini.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Haqiem tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan dan mesej. Bagaimanapun, wakil syarikat rakaman FMC Music, Fatulrahim berkata, Haqiem belum bersedia untuk ditemu bual.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×