berita

Joe Flizzow Label Rossa Sebagai “World Class Performer”

September 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kerjasama antara artis Malaysia dan luar negara merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam industri seni suara dan baru-baru ini penyanyi Hip Hop tempatan, Joe Flizzow turut berpeluag untuk bekerjasama denga artis negara jiran, Rossa menerusi sebuah lagu Inggeris mereka berjudul “One Night Lover.”

Lagu “One Night Lover” ini merupakan lagu Inggeris pertama buat Rossa dan liriknya telah ditulis oleh Joe Flizzow sendiri. Menurut Joe Flizzow, walaupun lagu ini ditulis dalam versi Bahasa Inggeris, ia tidak bermakna mereka lupa asal usul. Tambahan pula lagu Inggeris ini bagus untuk pasaran antarabangsa mereka kelak.

Sewaktu bertemu dipelancaran album Rossa minggu lalu, Joe Flizzow memaklumkan kepada pihak OHBULAN! yang dirinya amat kagum dengan bakat yang dimiliki oleh Rossa dan melabelkan penyanyi wanita tersebut sebagai “World Class Performer.”

Pada masa yang sama, penyanyi Hip Hop ini turut melahirkan rasa gembira kerana berpeluang untuk mengembangkan bakatnya di pasaran luar negara dan secara tidak langsung ia mampu mempersembahkan nama industri Malaysia secara profesional di persada yang lebih tinggi.

“Saya ambil peluang ini dengan baik dan ingin mempersembahkan industri Malaysia ke peringkat profesional menerusi kerjasama antara kedua-dua negara. Mula-mula saya rasa takut juga untuk bekerjasama dengan pihak rakaman Indonesia, maklumlah ini pengalaman pertama saya. Tapi lama-lama saya rasa OK dan saya lihat negara Indonesia ada tahap dan kelasnya yang tersendiri.”

“Lagipun tidak semua artis Malaysia dan Indonesia boleh bekerjasama dalam tempoh masa yang lama. Tambahan pula kedua-duanya memiliki budaya yang berbeza dan berikutan perkara tersebut, tidak ramai artis tempatan berjaya menembusi pasaran luar negara dengan mudah,” jelas Joe Flizzow.

SKIP THIS AD ×