berita

Joe Flizzow Mohon Maaf Kecewakan Peminat Hip Hop, Ruang Terlalu Kecil

April 16th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Terbaru kecoh apabila showcase percuma #16Baris yang diadakan di The Bee, Publika menjadi kecoh ekoran lokasi tersebut tidak mampu menampung jumlah peminat yang hadir. Lantas, penyanyi rap terkenal Joe Flizzow memohon maaf secara terbuka buat peminat hip hop yang hadir.

Penyanyi rap ini memaklumkan bahawa pihak penganjur tidak menjangka menerima sambutan yang luar biasa dari peminat tempatan. Ada juga peminat yang datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan showcase #16Baris tersebut.

Mohon maaf buat semua peminat

Terdahulunya kami seikhlasnya ingin memohon maaf kepda semua peminat yang tidak dapat masuk ke dalam tempat konsert terutamanya mereka yang telah membuat perjalanan dari luar negeri dan telah berusaha untuk berada di sana semalam.

Bagaimanapun, Joe telah memohon maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya. Dia juga kesal apabila dimaklumkan ramai peminat tidak berpeluang menyaksikan persembahan tersebut.

Terima kasih semangat hip hop

Dia turut mengucapkan terima kasih buat semua peminat yang sanggup ke acara ini dan menunjukkan semangat dan sokongan terhadap muzik hip hop.

Sambutan dan jumlah kehadiran adalah lebih daripada apa yang kami dapat jangkakan dan kami amat terharu dengan sokongan dan semangat yang kita semua berkongsi untuk budaya Hip Hop Malaysia.

Showcase #16Baris menampilkan persembahan daripada penyanyi rap seperti Joe Flizzow, Altimet, Aman Ra, Sonaone, Alif, Kayda dan Kid Raw.

Credit: mStar

SKIP THIS AD ×