berita

Jom Baca Apa Yang Best Dalam Filem Valerian And The City Of A Thousand Planets. Dengar Kata Rihanna Berlakon?

July 18th, 2017 | by Epul | 1 comments
9.1K
reads
1.4K
shares
Filem Antarabangsa

Kalau korang suka movie aksi pengembaraan dengan visual dramatik, Valerian and the City of a Thousand Planets patut ada dalam list movie wajib tengok korang bulan ni! Filem blockbuster epik ini ditulis dan diarahkan oleh pengarah lagenda Luc Besson diadaptasikan dari komik sains fiksyen Perancis Valérian and Laureline nukilan Pierre Christin.

Dibintangi oleh Dane DeHaan dan model terkemuka Cara Delevingne sebagai pelakon utama, ia dibantu ikon pop terkenal Rihanna, Clive Owen, Ethan Hawke, Herbie Hancock, Kris Wu dan Rutger Hauer. Jarang kita nampak Rihanna berlakon kan? Ini lah masanya kita tengok bakat dia!

Valerian and the City of a Thousand Planets berkisar tentang kejadian yang berlaku di alam semesta pada tahun 2740. Pengembaraan epik ini menampilkan pegawai khas nakal, Major Valerian (DeHaan), yang cuba mengorat pembantunya, Sergeant Laureline (Delevingne), yang berfikirkan kolot dan bersederhana dalam kehidupannya. Haha!

Pengembaraan mereka bermula di planet padang pasir Kirian

Mereka berdua ditugaskan untuk menyeludup masuk ke Big Market yang sibuk untuk menyeludup keluar satu-satunya Mül Converter yang masih wujud, seekor hidupan kecil berkuasa yang mampu membantu menyelamatkan tamadun itu. Comel je makhluk tu!

Dengan menaiki kargo The Intruder, Valerian dan Laureline mengembara ke stesen angkasa lepas Aplha dikenali sebagai The City of a Thousand Planets. Tiba-tiba, Aplha dibayangi misteri mencemaskan dan Laureline diculik. Aik? Kesiannya…

Siapa pulak culik Laureline?

Untuk menyelamatkan Laureline, Valerian terpaksa menempuh dugaan di sebuah daerah pelacuran demi mencari maklumat dan sekutu untuk membantunya. Di sana, dia terserempak dengan penghibur yang boleh bertukar rupa Bubble (Rihanna) yang mebantunya mencari Laureline dengan kebolehannya. Berjaya ke Valerian menyelamatkan Laureline?

Jom tengok Valerian and the City of a Thousand Planets 20 Julai ini!

 

Nak tau Valerian berjaya atau tak menyelamatkan Laureline, korang kena tengok movie Valerian and the City of a Thousand Planets yang mula ditayangkan 20 Julai ini. Ajak ramai-ramai kawan korang yang minat cerita aksi pengembaraan ni sebab ia juga ditayangkan dalam versi 3D tau!

Sebab apa korang kena tengok dalam versi 3D? Dalam movie ni, turut ada sekumpulan ‘avatar‘ yang korang memang kena tengok dengan spek istimewa untuk kesan khas. Baru ada feel seolah-olah korang pun ada dalam filem. Memang berbaloi lah kan?

Sedikit sneak peak, jom kita tengok trailer Valerian and the City of a Thousand Planets ni: