berita

Jom Ramai-Ramai Serbu GEGARIA Pada 13 Januari Di Setia City Mall Shah Alam! #GOGEGARIA

December 22nd, 2017 | by Noraniza
Kini Trending

Tak tahu nak pergi mana dengan keluarga atau kawan-kawan pada hujung minggu? Nah, kami nak cadangkan event yang confirm meriah lepastu masuk percuma! Pergh jimat…

Event apa itu? Apalagi kalau bukan GEGARIA yang akan berlangsung pada 13 Januari di Setia City Convention Centre, Car Park B, Shah Alam! Apa yang best? Korang boleh usha senarai aktiviti yang boleh disertai di bawah ni! Memang awesome.

Boleh Selfie di Landmark & Art Installation Yang Sangat Unik!

Buat kaki Instagram semua, pasti teruja melihat pelbagai landmark dan art installation di GEGARIA nanti. Khabarnya ia berkonsepkan rumah tradisional yang diserikan dengan warna-warna tema GEGARIA. Confirm akan dapat banyak likes bila upload kat Instagram nanti!

#GEGARIA Zumba

Aktiviti zumba ini akan dikelolakan oleh Jessica Ong, Hanif Shawn dan Dayang Damito! Bolehlah berhibur sambil menyihatkan badan!

#GEGARIA Makan-Makan

Buat penggemar makanan pula, korang boleh serbu food truck yang menyediakan makanan terbaik daripada 14 negeri.

 

Malah, ada juga food demo daripada Chef Naem dan Chef Fikree. Katanya boleh belajar macamana nak buat cookie decoration!

#GEGARIA Throwback Tunnel

Korang bolehlah tengok perkembangan negara Malaysia tercinta di sini. Throwback Tunnel ni macam mini kapsul masa Malaysia gitew..

#GEGARIA Community

Apa pula #GEGARIA community ni? Ha, ianya terdiri daripada pelbagai aktiviti gaya hidup dan karier. Contoh aktiviti yang akan diadakan ialah mekap tutorial dan tutorial hijab. Malah ada juga pelbagai aktiviti menarik dikelolakan oleh The Ming Thing dan JinnyboyTV.

Oh ya, buat kaki gamers sekalian, #GEGARIA Community juga menyediakan port untuk korang main games weh! Korang boleh main Fifa Online 3, Arena of Valor dan League of Legends!

Lepastu, dalam pada masa yang sama, ada pula Garena Tournament untuk kesemua games yang admin sebutkan tadi. Korang berpeluang memenangi RM10,000 tunai tau!

Oh ya, korang juga berpeluang untuk buat pemeriksaan kesihatan dan juga menderma darah di GEGARIA ni tau!

 

Korang boleh juga bermain Giant Bubble, Jenga dan juga bermain permainan tradisional seperti congkak!

Opps..Rasa haus dan teringin ais kepal? Nah, korang boleh membeli sambil menderma di booth kutipan dana yang ada di GEGARIA ni. Sambil membeli, boleh menderma!

#GEGARIA Entertainment

Tak sahlah kalau event gempak macamni tapi takde selebriti kan? Antara selebriti yang akan menghiburkan korang di GEGARIA ialah Noh Salleh Hujan, Bunkface, Defam, Akim & The Majistret dan MASDO.

Banyak kan aktiviti yang akan berlangsung di GEGARIA ni? Jadi, sebab tu lah ia akan diadakan juga di 2 lagi lokasi berikut daripada jam 8 pagi sehingga 10 malam supaya anda tidak terlepas kemeriahan GEGARIA ni! Sila lock tarikh anda pada:

Tarikh: 3 Februari 2018

Lokasi : Angsana Johor Bahru Mall,  Padang A, Johor Bahru

Tarikh: 24 Februari 2018

Lokasi : Stadium Darul Makmur, Kuantan

Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha di laman Facebook rasmi GEGARIA dan Instagram GEGARIA ni!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior, Content Champions at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

Most Read Today