berita

Jom Sertai Pesta Harapan Malaysia September Nanti. Ada Larian, Konsert & Macam-Macam Lagi!

August 29th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Sepanjang September nanti akan berlangsungnya Pesta Harapan Malaysia 2018. Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang penganjuran Pesta Harapan Malaysia 2018 ini antaranya Larian Harapan, Konsert Unity, permainan atas talian eSport, seminar eCommerce dan macam-macam lagi. Antara tujuan utama penganjuran Pesta Harapan ialah bagi meraikan keberanian serta penglibatan belia dalam usaha membina Malaysia baharu.

Dijangkakan lebih 50,000 orang akan menyertai Pesta Harapan Malaysia yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Event@Kini. Korang mesti dah tak sabar nak join kan? Berikut kami kongsikan beberapa aktiviti menarik yang korang boleh sertai bersama rakan-rakan dan keluarga.

Larian Harapan

Berbeza dengan acara larian yang sering dianjurkan sebelum ini, Larian Harapan sudah pasti bakal menyajikan satu pengalaman baru kepada peserta larian kerana ianya bertemakan LED Mid-Nite Run. Peserta yang telah mendaftar akan diberikan Race Kits yang mengandungi t-shirt dengan 3 pilihan rekabentuk, pingat, dan beberapa barangan  aksesori LED yang menarik seperti cermin mata LED, gelang LED yang akan untuk digunakan pada semasa larian itu nanti.

Larian sejauh 5km ini akan dilepaskan pada 12 tengah malam, 16 September 2018. Jangan lupa gunakan kod promo istimewa ‘lastcall‘ untuk dapatkan 10% diskaun sekarang! Promo kod ini terhad kepada 500 pendaftaran yang pertama sahaja tau! Daftar sekarang!

Unity Countdown Concert

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai pada Pesta Harapan 2018 kali ini ialah Konsert Unity yang bakal membariskan lebih 20 artis terkenal tanah air. Bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan artis kegemaran, seawal pukul 4 petang pengunjung yang hadir dapat beriadah dan singgah di lebih 30 gerai yang disediakan.

Ada gerai jualan makanan, gerai jualan car boot dan macam-macam lagi! Pelbagai hadiah menarik juga menanti korang semua. Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Bunkface, Sufian Suhaimi, Estranged, Rynn Lim dan ramai lagi artis terkenal tanah air akan membuat persembahan pada Konsert Unity yang akan bermula pada pukul 7 malam sehingga detik 12 tengah malam bagi meraikan Hari Malaysia pada 16 September 2018. 

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dijangka akan mengetui acara countdown pada acara tersebut.

Electronic Sport Game

Ada dekat sini peminat permainan sukan atas talian seperti Dota, Counter Strike dan Starcraft? Pada 21-23 September nanti akan berlangsungnya peringkat kelayakan World Electronic Sport Game (WESG) di Quill City Mall. Pertandingan anjuran Ali Baba Group ini menawarkan hadiah lumayan bernilai 5.5 juta USD untuk dimenangi oleh 180 peserta yang bertanding.

Berminat untuk ‘berperang’ sekali? Korang boleh klik SINI.

ALIBABA Entrepreneurship Summit

Mengumpulkan pemilik bisnes dan usahawan berjaya di dalam pelbagai jenis bidang terutamanya perniagaan atas talian, orang ramai boleh menyertai Alibaba – MalaysiaKini Entrepreneurship Summit yang akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 September di Palace Of The Garden Horses

Beberapa topik hangat berkenaan e-commerce akan dibincangkan sepanjang dua hari program ini berlangsung dan peserta yang berdaftar berpeluang mendapatkan informasi terperinci berkenaan e-commerce. Yuran pendaftaran serendah RM39 sahaja bagi kategori silver.

Voice For Nation Building

Peranan belia di dalam pembentukan sesebuah negara maju seperti Malaysia sangat diharapkan. Selain terlibat secara langsung di dalam sesebuah organisasi, pendapat mereka perlu didengar dan diperhalusi kerajaan. Justeru, satu acara istimewa Voice For Nation Building, khas untuk generasi belia akan diadakan pada 27 September, bertempat di  Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. 

Pendaftaran adalah percuma. Daftar sekarang di SINI dan pastikan suara anda didengari!

Lagu Tema Pesta Harapan Malaysia

Jom sama-sama meriahkan lagi Pesta Harapan Malaysia kali ini! Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Pesta Harapan Malaysia 2018 dan Facebook Pesta Harapan Malaysia. Jumpa di sana!

SKIP THIS AD ×