berita

Jom Throwback 5 Peristiwa Menarik Ketika Filem The Incredibles Mula Ditayangkan Di Pawagam

June 11th, 2018 | by Epul
Filem Antarabangsa

Siapa masih ingat masa mula-mula filem The Incredibles ditayangkan suatu ketika dulu? Fuh, dah hampir 14 tahun berlalu rupanya! Tayangan pertama filem aksi pengembaraan itu pada tahun 2004 memang memikat hati penonton dengan adanya adegan lucu yang mencuit hati. Namun sejak itu, belum ada lagi sequel seterusnya…

Tapi, mesti korang tak sedar pada tahun 2004 juga, baaanyak peristiwa menarik berlaku selain tayangan filem The Incredibles. Ada yang mencatat sejarah, ada yang meninggalkan kenangan, ada yang memberi impak dalam industri dan macam-macam lagilah. Jom kita throwback sikit apa yang terjadi pada tahun 2004 dulu…

1. Pak Lah adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 ketika itu

Tun Dato’ Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009. Mesra dikenali sebagai Pak Lah, beliau banyak menyumbangkan usaha, idea dan tenaga terhadap bidang pendidikan ketika beliau meneruskan tampuk pemerintahan negara…

Lantas, beliau digelar ‘Bapa Pembangunan Modal Insan’ kerana banyak membangunkan universiti dan kolej swasta, menaik taraf sekolah, memupuk generasi muda dengan kemahiran serta banyak lagi. Sehingga kini, nama Pak Lah masih melekat di hati rakyat Malaysia…

2. Britney Spears kahwin dua kali

Siapa follow penyanyi pop Amerika ni? Britney Spears berkahwin dua kali pada tahun 2004 tau! Perkahwinan pertamanya dengan Kevin Federline pada 3 Januari 2004 dikurniakan dua anak lelaki. Seterusnya bersama Jason Alexander pada 18 September tahun yang sama. Namun, beberapa hari selepas itu Britney diceraikan…

3. Facebook dilancarkan

Ingat lagi tak, medium sosial yang korang seronok main sekarang ni, dilancarkan pada tahun 2004? Masa tu, Facebook dilancarkan oleh Mark Zuckerberg bersama rakan-rakannya pada 4 Februari 2004. Lebih 10 tahun dah rupanya… Sehingga kini, Facebook masih digunakan sebagai medium sosial utama seluruh dunia!

4. Friends siar episod terakhir :(

Komedi bersiri popular pada ketika itu, Friends, menyiarkan episod terakhir mereka 6 Mei 2004 dan ia adalah musim ke-10 dan merupakan yang terakhir! Memang ramai sedih dan bakal rindu nak dengar celoteh 3 jejaka dan 3 wanita dengan karakter masing-masing yang mencuit hati depan kaca TV…

5. Statue of Liberty dibuka semula

Selepas ditutup untuk orang ramai akibat serangan pengganas pada 11 September 2001, arca Statue of Liberty di Pulau Liberty, New York akhirnya dibuka semula pada 3 Ogos 2004…

Ingat lagi tak kumpulan pengganas Islam al-Qaeda yang menyerang Amerika Syarikat pada serangan 11 September 2001 dulu? Ia mengakibatkan 2,996 orang terbunuh, lebih 6,000 orang cedera dan menyebabkan sekurang-kurangnya $ 10 bilion kerugian akibat kerosakan harta benda dan insfrastruktur dari serangan itu. Dahsyat gila!

Lebih 14 tahun semua peristiwa ni berlaku, kini tiba masanya sequel Disney/Pixar’s Incredibles 2 menemui penonton

Selepas filem The Incredibles ditayangkan pada tahun 2004, kini penantian korang semua untuk menyaksikan gelagat keluarga Parr akan berakhir sebab sequel Disney/Pixar’s Incredibles 2 bakal ditayangkan 14 Jun ini! Akhirnya!

Kalau The Incredibles dulu mengisahkan kisah lucu keluarga Parr yang mempunyai kuasa mahu menyelamatkan dunia, apa pula jadi dalam sequel kali ni? Katanya, hanya Helen (lakonan alih suara oleh Holly Hunter) bertindak sebagai penyelamat dan Bob (lakonan alih suara oleh Craig T Nelson) menjaga anak-anak di rumah?

Apa-apa pun, jom tengok trailer filem Disney/Pixar’s Incredibles 2 dulu…

Nak tahu apa kesudahan sequel Disney/Pixar’s Incredibles 2, jangan lupa lock tarikh 14 Jun ini untuk menonton filem komedi aksi yang melucukan ini bersama keluarga dan rakan-rakan okay! Selamat menonton!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Writer yang gila salted egg butter chicken. Nak belanja? Follow akaun media sosial kat tepi kiri ni dulu atau drop email ke [email protected] untuk cara lebih profesional.

Most Read Today