berita

Jom Tonton Yes, Boss! Raya Di TV3. Comel Sungguh Gandingan Fahrin & Emma Maembong

July 30th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-07-24 at 2.40.21 AM

Ha, dah puas makan rendang, lemang dan ketupat? Ni dah masuk raya ke-3, tak tahu nak buat apa kan? Jom ikut kami tonton Yes Boss! Raya. Alaa, drama yang menggandingkan pelakon kacak, Fahrin Ahmad dan Emma Maembong tu! Hehe.

Kalau kornag nak tahu, Aryana lakonan Emma akhirnya berkahwin juga dengan pujaan hatinya iaitu Irham (Fahrin Ahmad).

Macam biasalah, kalau dah berumahtangga pasti akan ada ujian kan? Haa, episod edisi raya ini menceritakan pergolakan yang berlaku dalam rumahtangga mereka tau!

Yes-Bos-1-630x314

Dengar cerita,  Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Betul ke?

Nak dijadikan cerita, Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham pula sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya dan kemudiannya menjadi rapat.

Hmmm, apa lagi kan? Disinilah timbulnya konflik rumahtangga mereka. Nak tahu apa yang bakal terjadi? Kenalah tonton malam ini tau.

Tepat jam 9 malam, jom ramai-ramai terpacak depan televisyen menyaksikan apakah kesudahan kisah pasangan ini. Ish, tak sabar pula! Jangan lupa temu janji kita ya, selamat menonton!

SKIP THIS AD ×