berita

Julia Perez Bakal Dikenakan Tindakan – Zed Zaidi

December 13th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Berhubung isu perang Twitter antara Zed Zaidi dan Julia Perez (Jupe) sebentar tadi, pihak OHBULAN! telah menghubungi Zed Zaidi dan mendapatkan kenyataan lebih lanjut mengenai insiden tersebut.

“Kau dah datang Malaysia dan berlakon untuk filem Malaysia, jadi kena lah hormat industri di Malaysia. Ini tak, siap kutuk lagi dan cakap macam-macam.”

“Kalau tak bagus, habis tu kenapa berlakon juga di Malaysia?” soal Zed Zaidi penuh tegas.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Zed Zaidi kini memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap penglibatan Julia Perez ke dalam industri filem tempatan dan sekaligus menyiasat juga pihak produksi yang terlibat mengambil wanita tersebut berlakon di negara ini.

“Sekarang ini saya nak siasat macam mana dia (Julia Perez) boleh lepas untuk berlakon dalam filem Malaysia dan tindakan selanjutnya akan diambil.”

“Saya pun sedang siasat produksi arahan Murali Abdullah dan ingin tahu adakah dia mengambil Jupe berlakon secara berpermit ataupun tidak.”

“Kalau sebelum ini Malaysia pernah halang Eryka Badu masuk negara kita sebab ada tatu di bahagian badan, tapi kenapa untuk kes Jupe ini tidak? Jupe pun ada tatu di bahagian belakang badan dan tatu tersebut bermotifkan kalimah Al-Quan.”

“Dalam hal macam ini kita kena tengok juga fakta dan juga garis panduan sebelum mengambil sesuatu tindakan tegas,” ujar Zed Zaidi.

Dalam pada itu, Presiden Seniman ini turut akui isu sebegini merupakan tanggungjawab dirinya untuk membela dan mempertahankan industri hiburan negara.

“Sebagai Presiden, saya kena jalankan tanggungjawab dan kena bangkit untuk mempertahankan industri kita. Tindakan Julia Perez mengutuk industri merupakan satu hinaan yang cukup terang dan ia tidak seharusnya berlaku.”

“Pengambilan artis luar berlakon di negara ini seolah-olah menunjukkan kita memperjudikan industri seni kita sendiri.”

“Pihak penerbit pun satu, mereka ambil artis-artis luar sebab untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri dan senang-senang bagi peluang artis luar masuk ke negara kita. Kalau artis kita nak masuk negara mereka cukup punya susah, macam-macam prosuder kita kena ikut.”

SKIP THIS AD ×