berita

K-Pop : Super Junior-M Meriahkan ‘2012 Asia Super Showcase In Malaysia’

November 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wahhhh! Mungkin bukan Super Junior, tapi Super Junior-M yang turut dianggotai oleh Siwon, Donghae, Eunhyuk dan Sungmin bakal turun ke Malaysia pada 11 Disember ini!

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah itu ‘M’ yang dimaksudkan? Super Junior-M adalah gabungan ahli yang berasal dari Korea dan juga China. Antaranya ialah Siwon, Donghae, Ryeowook, Sungmin, Kyuhyun, Eunhyuk, Zhou Mi dan juga Henry. Showcase yang bakal diadakan pada Disember ini juga merupakan kemunculan mereka yang pertama di Malaysia.

Selain itu, konsert ‘2012 Asia Super Showcase In Malaysia’ ini akan diadakan di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur dan akan menggabungkan lagi 2 kumpulan K-Pop iaitu EXO-M and BTOB. Apa yang menarik ialah, bersempena cuti hujung tahun, pihak penganjur memberikan diskaun 15% kepada pelajar untuk tiket Pit Zone (RM283). Namun, pembeli perlu tunjukkan kad ID pelajar mereka kepada outlet jualan Ticketcharge yang terpilih sahaja.

Bagi yang masih tidak pasti, ‘2012 Asia Super Showcase In Malaysia’ akan diadakan di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur di tingkat 15 pada 11 November ini

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket, anda boleh hubungi TicketCharge di talian 03 9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my.

SKIP THIS AD ×