Desas desus mengenai hubungan cinta di antara Tasha Shilla dan kekasih hatinya yang dikatakan telah berakhir mula bertiup kencang sejak kebelakangan ini.
Malah tindakan Tasha memadam kesemua gambar Hans di laman Instagram miliknya menjadi persoalan. Belum pun reda dengan kontroversi tersebut, nama Kaka Azraff tiba-tiba muncul apabila didakwa orang ketiga yang menjadi punca perpisahan Tasha dan Hans.
Dicop Perampas
Memetik laporan Astro Gempak, hubungan akrab di antara Tasha dan Kaka kini terputus walaupun pernah bersama-sama terbang ke sebuah pulau peranginan terkenal di Indonesia untuk sesi fotografi pra-perkahwinan seorang rakan artis.
Malah Kaka turut dicop perampas oleh teman-teman sekelilingnya sehingga dia telah dikeluarkan dari group Whatsapp mereka yang terdiri daripada beberapa rakan-rakan artis termasuk Tasha kerana tidak suka dengan perbuatannya itu.
Patut lah Tasha Shilla mengambil pendekatan untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan Hans.
Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada Tasha dan Kaka sendiri. Kata orang pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin. Betul tak?