berita

Kaka Tak Mahu Terus Dibayangi Ella

October 22nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

“Bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti…”. Menerusi nada suara dan lengok gayanya, pasti ramai yang beranggapan Kaka sinonim dengan ratu rock Malaysia Ella. Namun, penyanyi yang popular dengan lagu “Bawaku Pergi” duet bersama Zizan Razak menegaskan dia tak mahu terus dibayangi Ella.

“Melalui lagu yang saya nyanyikan, saya sering tampil dengan genre muzik RnB. Malah, saya rasa saya seorang yang agak kasar berbanding Ella. Walaupun Ella darah daging saya, saya tak rasa saya dibayangi Ella.”

Sementara itu, Kaka juga menyatakan bahawa dia tidak menumpang populariti Ella untuk popular, malah, menumpang populariti Zizan untuk menapak dalam bidang industri hiburan ini.

Namun, Kaka turut memberitahu bahawa dia akan muncul dengan album solo pertama pada bulan Disember ini dimana dari situ dia akan menonjolkan gaya dan personalitinya yang sebenar. Walaupun terkenal dengan sebuah lagu, Kaka yakin apa jua yang dilakukan, dia akan memberikan yang terbaik dengan bakat dan kemampuan yang dimiliki.

Tambah Kaka, “Saya juga akan muncul dengan rakaman lagu terbaru, dimana saya akan berduet bersama Sleeq. Tetapi, ianya masih dalam perancangan dan tak tahu bila akan berkolaborasi bersama mereka.”

Bercerita mengenai lakonan, Kaka menegaskan bahawa dia akan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap bidang nyanyian. Namun, jika ditawarkan dalam bidang lakonan, dia inginkan watak mencabar seperti watak orang gila atau watak dirasuk.

“Sebenarnya, saya masih tak bersedia untuk menerima tawaran berlakon. Ini kerana, bidang nyanyian merupakan sesuatu yang saya minati sejak dari kecil. Malah, nyanyian merupakan punca utama saya ada dalam industri ini.”

“Bukan saya tak nak terima tawaran berlakon, saya rasa belum masanya kerana saya baru dan masih muda dalam industri ini. Saya nak teguhkan bidang nyanyian sebelum berhijrah ke bidang lain,” ujar Kaka ketika ditemubual.

Sementara itu, Kaka bakal menjejakkan kaki ke Cape Town, Afrika Selatan pada Isnin ini untuk beraksi dalam Program “Fear Factor” dimana beberapa artis akan turut serta dalam program tersebut, antaranya Johan Asari dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×