berita

Kakak Dafi Sanggup Ke Singapura Tonton 50 Shades Of Grey

February 11th, 2015 | by Wan
Kini Trending

jovi

Minggu lalu Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) mengeluarkan kenyataan bahawa filem adaptasi novel 50 Shades of Grey tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana mengandungi elemen-elemen erotika.

Artikel Berkaitan : Kenapa Perempuan Lebih Kecewa 50 Shades Of Grey Diharamkan?

Keputusan LPF ini pasti mengecewakan ramai peminat yang sekian lama menanti filem berkenaan ditayangkan. Namun tidak buat kakak kepada penyanyi Dafi, Nina yang sanggup ke Singapura semata-mata ingin menyaksikan 50 Shades of Grey. Gigih bukan?

RM206 Untuk 2 Tiket

Hey ho lessssgo! @jmandagie #fiftyshadesofgrey #latersbaby This better be good ????

A photo posted by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri) on

Menerusi laman Instagram, Nina yang merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie berkongsi foto booking tiket filem tersebut yang dibuat secara online.

Untunglah kan ke Singapura semata-mata demi 50 Shades of Grey, tengok harga tiket dalam Singapore Dollar itu pun dah menggeletar lutut kami. Jika di convert, RM206 untuk 2 tiket.

Tunggu Download Je

SG1 SG2 sg3

Sementara itu, kebanyakan followers Nina di Instagram hanya menunggu untuk download sahaja filem berkenaan. Sama lah macam kami.

Tapi kalau dah minat apa salahnya kan? Lagi pun mereka mampu. Untuk rakyat marhaen macam kita yang kais pagi makan pagi ini teruskan lah kehidupan seperti biasa, masih bergelut dengan harga barang yang tak turun lagi, eh.

Ke ada juga pembaca OHBULAN! yang ke Singapura untuk menonton 50 Shades of Grey?

SKIP THIS AD ×