berita

‘Kakak Sentiasa Jadi Kebanggaan Kami’ – Shila Amzah Rangkul Lagi 2 Anugerah Di China

August 7th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Nama Shila Amzah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Pemenang Asian Wave ini turut aktif berkarya di tanah besar China dengan menghasilkan lagu berbahasa Mandarin. Sebelum ini nama Shila Amzah berjaya tersenarai dalam kategori celebrities, Forbes 30 under 30 Asia 2018.

Penyanyi ini sekali lagi membanggakan Malaysia apabila berjaya merangkul 2 anugerah di Zhengzhou, China semalam.

Hadiah kelahiran Shila Amzah

Foto ini dimuatnaik ibu kepada Shila Amzah, Puan Fauziah mengucapkan tahniah buat anaknya itu yang berjaya merangkul 2 anugerah pada malam anugerah tersebut. Anugerah tersebut ialah Most popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste.

Menurut kapsyen ibu penyanyi ini, 2 trofi yang dirangkulnya semalam telah membanggakan keluarga dan antara hadiah terbaik sempena hari ulang tahun kelahiran Shila Amzah ke-28, bakal tiba tidak lama lagi.

Produk jenama sendiri

Sentiasa membanggakan Malaysia

Sumber: Puan Fauziah

Most Read Today