berita

‘Kaki Kelab, Kaki Perempuan!’ – Isteri Jual Suami & Gf Suami Di Carousell, Epik Gila!

February 20th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Isu suami curang bukanlah sesuatu yang asing berlaku dalam masyarakat kita. Tidak mahu anak-anak kehilangan kekasih seorang ayah, si isteri sanggup bersabar dan memaafkan perbuatan suami meskipun sudah berkali-kali berulang.

Namun, kesabaran seorang manusia pasti ada batasnya. Tidak tahan lagi hidup bersama, wanita ini bertindak menjual suami dan kekasih di laman Carousell. Bukan setakat suami, kekasih suami pun dia nak sewakan dengan harga 5o sen je!

Viral di twitter

Seorang individu di twitter mendedahkan kisah seorang isteri yang ‘menjual’ suami serta kekasih suami yang curang di laman Carousell. Apa yang melucukan wanita tersebut meletakkan harga suami hanya 1 sen manakala kekasih suami ditawarkan untuk disewa pada harga 50 sen sahaja.

Di ruangan keterangan item, si isteri meluahkan kecewa dengan sikap suaminya yang suka berfoya-foya dan kaki mabuk. Dia juga menceritakan ‘taktik’ suami sorok kekasih bimbang kantoi.

Selling cheap & cheater husband

‘Selling cheap. Cheater, not coming back home for the family. Kaki club, kaki perempuan, mabuk, tidur rumah perempuan sana sini. Tapi buat cerita sedih cakap tidur dalam kereta’

My husband gf for rent

 

‘Teruskan kehidupan kau sekarang yang happy tu k’

Screenshot perbualan dengan suami yang turut dimuatnaik di laman tersebut.

Komen netizen

Di ruangan komen tweet tersebut, ramai yang terkejut dengan pendedahan berani mati wanita ini. Marah sangat agaknya sampai sanggup jual suami sendiri kan? Walaubagaimapun di Carousell wanita ini telahpun memadam ‘item suami untuk dijual’ tersebut.

Sumber : twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×