berita

‘Kalau Anak Menangis, Saya Pun Menangis Sama’ – Salma Terpaksa Tebal Muka Berdepan Peminat

April 23rd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Azri AF dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda RM 5,000 selepas mengaku bersalah. mendera anak perempuan tirinya dengan mencelupkan kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.

Walaubagaimanapun, Salma Asis berkongsi rasa rindu terhadap suaminya itu. Malah, dia turut sedih apabila menerima kecaman dan kata negatif dari netizen terhadap tindakan Azri terdahulu. Sehingga dia terpaksa menahan rasa malu apabila berdepan masyarakat.

Setiap hari anak menangis

Setiap hari anak-anak menangis cari bapa mereka. Saya juga kena kuat dan tidak boleh lemah depan mereka. Apa yang saya lakukan hanya mampu berdoa.

Menurut myMetro, penyanyi Akhirnya Cinta ini hilang selera makan dan tidur tidak lena sejak suaminya dijatuhkan hukuman. Dia juga perlu tebalkan muka menjayakan persembahan di Desaru, Johor kelmarin.

Dalam hati ini hanya Allah saja tahu. Namun, saya kena kuat dan teruskan bekerja kerana itu mata pencarian. Bukan saja anak-anak, malah saya juga setiap hari menangis. Saya buang perasaan malu untuk keluar bekerja kerana sudah dipersetujui lebih awal. Malah malam ini saya ada rakaman lagu baru. Bagi saya, kehidupan perlu diteruskan. Lagi pula, saya lebih tahu suami macam mana.

Terpaksa kuat demi anak-anak

Malah, anak bongsunya, Andi Raisya dilihat paling terkesan sejak ketiadaan suaminya di rumah. Seperti anak lain, jika mereka lihat tiada ibu dan ayah disisi pasti mereka akan mencari juga.

Tengok saja muka pintu dia sebut Papa. Bangun tidur pun sama. Sebab sudah terbiasa. Kalau dia menangis, saya pun menangis sama. Anak lain pun rapat dengan suami. Dia tidak pernah bezakan anak sendiri dengan anak tiri. Dia berikan layanan sama rata. Disebabkan itu, saya kesal dan terkilan jika ada yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya. Mereka tidak tahu perkara sebenar dan apa berlaku.

Credit: myMetro

SKIP THIS AD ×