berita

‘Kalau Berat Lebih 60 Kg, Tak Payahlah Datang, Peha Awak Melimpah Kiri Kanan’ – Pengkritik Fesyen Selar Individu Gempal?

April 17th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Menjelang Hari Raya tidak lama lagi, pelbagai jenama kini sedang rancak mengadakan pertunjukan fesyen bagi koleksi raya masing-masing. Di sinilah para peminat fesyen tempatan berkumpul untuk melihat gaya yang akan menjadi trend Syawal nanti.

Dalam pertunjukan berkenaan, pengkritik fesyen Zaihani M Zain bukan sekadar mengkritik fesyen malahan saiz badan mereka yang menghadiri pertunjukan fesyen! Perkara itu diluahkannya menerusi status Facebooknya tempoh hari.

Saran mereka 60kg ke atas tak perlu datang show

Zaihani atau dikenali Kak Zai dalam kalangan komuniti fesyen menasihatkan kepada mereka yang mempunyai berat lebih 60kg supaya tidak menghadiri mana-mana fashion show. Ini kerana menurutnya peha individu dengan berat sebegitu ‘melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak’.

Tambahnya, perkara itu akan menyebabkan situasi canggung dan mengundang ketidakselesaan untuk mereka yang duduk bersebelahan.

Undang rasa tidak senang netizen

Kenyataan panas itu mengundang rasa tidak senang netizen yang menganggap di usia emas, Zaihani tidak seharusnya ke pertunjukan fesyen dan sepatutnya ke kelas agama sahaja.

Pereka fesyen Calvin Thoo pun bagi kenyataan

Salah seorang pereka fesyen terkemuka tempatan, Calvin Thoo turut meluahkan rasa tidak selesa dengan kenyataan dikeluarkan Zaihani. Katanya wanita itu tidak berhak untuk menghalang mana-mana individu bersaiz besar dari menghadiri fashion show.

Ujar Calvin, jika Zaihani tidak menghormati orang lain, sudah tentunya pihak lain tidak akan menghormatinya juga. Dakwa Calvin, ramai yang sebenarnya tidak menyukai personaliti fesyen itu dalam diam.

Sumber: Calvin Thoo  , Kak Bam

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today