berita

Kalau Dah Tak Suka, Buat Apa Pun Tak Suka- Lawak Lucah Punca Joras Tersingkir, Ini Respon Joey

April 15th, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

1

Setiap jumaat malam tepat pada 10pm, satu keluarga mesti berkumpul depan televisyen untuk layan Maharaja Lawak Mega. Semalam dalam sedar tak sedar, MLM 2017 sudahpun masuk minggu yang ke-9 dan semalam giliran kumpulan Joras pula tersingkir.

Keputusan tu memang tak dijangka memandangkan Joras antara kumpulan yang konsisten setiap minggu. Tapi semalam Joras bagaikan hilang punca, berterabur dan persembahan hancur. Joras juga dikritik kerana bawa bahan lucah dalam persembahan.

‘Tak semestinya kita selalu di atas..’

Screen Shot 2017-04-15 at 3.08.41 AM

Tak semestinya kita selalu di atas. Kadang kadang kita harus terima kita di berada bawah. Dua HA dari pihak juri. Apa2 pun Joras telah buat yang terbaik minggu ini. Teruskan taip ML20 Joras ke 32777. Keep it up!

Diatas merupakan foto dimuat naik di Instagram tidak lama selepas dapat kritikan dari juri tetap, Datuk Rosyam Nor. Datuk Rosyam Nor kurang senang dengan bahan lucah dalam persembahan mereka serta pelik, kenapa persembahan Joras jadi sangat berterabur.

Oleh sebab itu, Joras hanya mendapat dua HA sahaja.

‘Adat pertandingan, ada menang ada kalah’

Screen Shot 2017-04-15 at 3.09.03 AM

Perjalanan Joras terhenti di sini. Terima kasih buat semua yang mengundi Joras. Adat pertandingan, ada menang ada kalah. Maafkan Joras sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa buat peminat. Ada masa Joras akan perform lagi. Terima kasih sekali lagi.

Ramai terkejut bila Neelofa mengumumkan kumpulan Joras akan meninggalkan pentas MLM 2017. Tetapi pada masa yang sama, mereka faham kenapa Joras disingkirkan. Ini antara respon netizen

Screen Shot 2017-04-15 at 3.10.25 AM

Screen Shot 2017-04-15 at 3.10.39 AM

Screen Shot 2017-04-15 at 3.12.24 AM

Screen Shot 2017-04-15 at 3.12.42 AM

Ini respon dari Joey

Screen Shot 2017-04-15 at 3.37.23 AM

Screen Shot 2017-04-15 at 3.09.56 AM

Sumber: Instagram Joras Official

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×