berita

‘Kalau Nak Buat Tuduhan Pun Tunjuklah Details’ – KJ Lapor Polis Dakwaan Wang GST ‘Dirompak’

August 9th, 2018 | by faris
Kini Trending

Setelah tumbangnya kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya ke-14 Mei lalu, satu-persatu kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak disingkap dan dilaporkan di media.

Terbaru, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga, ‘dirompak’ oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perlu disiasat jika ada ‘rompakan’

Menurut Berita Harian,  bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah membuat laporan kepada pihak berkuasa setelah Menteri Kewangan mendapati RM18 billion daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) didapati hilang.

Ahli Parlimen Rembau itu mahu dakwaan yang dikemukakan Guan Eng disiasat, atau perkara tersebut akan mencetuskan berita sensasi tanpa bukti kukuh. Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pada jam 2 petang.

Menurut KJ, dia membuat laporan tersebut supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan dan mengatakan dakwaan Guan Eng itu tidak mencukupi.

Jika ia satu tuduhan melakukan rompakan, ia sudah menjadi satu kesalahan dan satu siasatan terbuka perlu dibuat.

Ia satu tuduhan yang serius dan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh, selain laporan polis, saya juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Mahu bersihkan nama kerajaan BN

Menurut KJ lagi, tindakannya itu adalah satu tindakan bagi menjaga nama baik kerajaan lalu yang perlu dibawa ke mahkamah jika terdapat sebarang penyelewengan.

Kami juga bagi pihak BN mahu membersihkan nama kerajaan yang lepas, sekiranya berlaku rompakan maka bawalah mereka yang terbabit ke muka pengadilan, sekiranya tidak maka perlu dijelaskan tuduhan tersebut tidak tepat dan tidak benar.

Satu dakwaan serius terhadap kerajaan terdahulu

Mahu perkara itu disiasat

Kalau nak buat tuduhan pun, tunjuklah details

Sumber:Khairy JamaluddinBerita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×