berita

Kamera Drone Ini Sangat Cool Jika Anda Mahu Show Off Raya Ini

May 15th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trendy

Meet Lily
Raya tahun ini mesti meriah dan bermakna bagi korang kalau ada Lily. Siapa Lily? Lily ni bukan sebarang kamera, ada keunikan tersendiri yang confirm buat korang berebut nak beli.

Kamera drone ini dipanggil Lily yang dicipta secara robotik. Ia membolehkan korang bebas melakukan apa sahaja sambil merakam video tanpa perlu pegang sebab kamera drone ini boleh terbang sendiri.

Kawalan Automatik Melalui Wearable Tracker Memudahkan Korang Bebas Melakukan Apa Sahaja

LilyTracker

Kamera Lily ini dicipta oleh Antoine Balarque dan Henry Bradlow yang berkelulusan Sains Komputer dan bekerja di UC Berkeley Robotics Laboratory. Lily ini bergangtung pada GPS tracker yang dipakai oleh pengguna. Tracker ini mudah dibawa kemana-mana, hanya perlu diletakkan dalam poket atau di pergelangan tangan macam kita pakai jam tu.

Ia juga digabungkan dengan teknologi komputer yang boleh membuatkan Lily kenal dengan owner dia. Lily ni juga menggunakan algorithms dimana kaedah ini membantu untuk mendapat frame yang tepat disetiap sudut video yang diambil tu.

Kualiti Kamera 12-Megapixel  Berdefinisi Tinggi Sehingga 1080p Dan Boleh Rakam Dalam Slow Motion!

 

Introducing_the_Lily_Camera

Haaa, ini yang paling penting, kualiti HD! Tapi, ada yang lagi best! Kalau korang full charged si Lily ni, dia mampu bertahan sehingga 20 minit di udara dan mampu terbang selaju 25 batu sejam! So korang kalau nak meluncur tengah drive atas highway ke boleh lah berselfie, tapi jangan sampai tebabas pula.

Lily Berkebolehan Dalam Merakam Dari Setiap Sudut

Introducing_the_Lily_Camera (1)

 

Senang cerita Lily ni dengar cakap korang, mana pergi dia ikut. Korang campak keatas je, nanti dia terbang sendiri. Tapi ingat jangan lebih 20 minit, nanti Lily penat.

Lily Kalis Air

Introducing_the_Lily_Camera (2)

In Case, Kalau korang ada kat tepi sungai ke, tepi pantai ke, air terjun ke jangan risau kalau terjatuh. Lily boleh terbang balik datang kat korang.

Selamat Tinggal Monopod, Lily Takeover.

Introducing_the_Lily_Camera (3)

Kalau monopod pakai handphone, lepastu kena paksa diri masuk berhimpit ambil gambar. DSLR self-timer?Err, so out dated. Tapi Lily boleh ambil gambar korang ramai-ramai walaupun penuh satu padang. Azwan Ali take note!

Lily Boleh Rekod Bunyi, Kau Boleh?

Introducing_the_Lily_Camera (4)

Tak macam kamera drone yang lain biasanya hanya video sahaja, kamera drone Lily ni boleh rekod video dan  audio sekali.

Cool bukan? Lily dijual dengan harga Rm3,600 tapi sekarang ni company dia tengah buat offer hanya RM1,800 sahaja! So korang buat buat pre-order dulu sebab belum masuk Malaysia lagi. Jom kita tengok macam mana Lily beraksi, confirm terpukaulah :

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×