berita

‘Kami Bukan Adik-Beradik’ – Daler Yusuf Respon Artis Liat Bayar Hutang

August 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Beberapa hari lalu viral di Twitter mengenai seorang selebriti yang liat membayar hutang rakan perempuannya sehingga mencecah lebih RM1000! Tambah pemilik tweet berkenaan, lelaki terbabit merupakan adik kepada seorang lagi pelakon yang sedang meningkat naik.

Artikel berkaitan:Viral Di Twitter, Model & Adik Artis Terkenal Didakwa Lari Bayar Hutang Internet Rakan?

Nama Daler Yusuf, pelakon kelahiran Uzbekistan dikaitkan dengan lelaki berkenaan kerana dikatakan mempunyai pertalian keluarga.

Harap dapat jernihkan keadaan

Daler menerusi Twitternya membuat kenyataan terbuka mengenai isu hutang melibatkan rakannya itu. Dia berharap kenyataannya itu dapat menjelaskan segala kekusutan dan kekeliruan berlaku.

Menurut Daler, dia dan lelaki tersebut bukanlah adik-beradik seperti disangka namun hanyalah rakan yang dikenali setelah sama-sama memulakan karier seni di sini. Ujarnya lagi, mereka membesar di dua tempat berbeza di tanah kelahiran mereka, Uzbekistan.

Harap orang berhenti tag isu hutang

Daler juga mengatakan dia sudah menghantar mesej dan menerangkan kepada rakannya itu berkenaan masalah yang melanda dan jalan penyelesaiannya.

Pelakon Encik Suami Mat Salih Celup ini juga berharap netizen berhenti tag namanya di pos yang berkaitan dengan isu tersebut. Dia juga meminta maaf kepada pihak terlibat jika telah membuat mana-mana pihak terkeliru.

Sumber: Daler Yusuf

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×