berita

Kami Dah Try Kambing Bakar Penyet Viral Ini, Memang Terbaik & Kena Repeat Lagi!

October 13th, 2015 | by Wan
MyResipi

kambing

Ayam penyet rasanya makanan yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Malah lambakan restoran yang menjadikan ayam penyet sebagai menu utama restoran mereka amat mudah dicari. Kalau nak disebut satu persatu, memang tak akan habis.

Jadi hari ini kami nak kongsikan tentang sebuah restoran menyajikan kambing bakar penyet yang sedang viral di laman sosial. Mana tidaknya, sedap sangat sampai ada yangs sanggup tunggu berjam-jam.

Makan punya pasal, apa sahaja sanggup lakukan ye tak?

Tunggu sampai dua jam pun tak apa!

Screen Shot 2015-10-13 at 1.35.31 AM

Menurut penduduk setempat, sebelum viral pun kedai ini memang tak putus-putus dengan pelanggan. Pendek kata memang selalu penuh namun selepas viral, ada yang terpaksa tunggu sehingga dua jam!

Untuk mengelakkan kesesakan, elakkan pergi hari cuti. Sampai parking pun penuh tau!

Set daging bakar penyet RM9 je!

Screen Shot 2015-10-13 at 1.13.52 AM

Menu istimewanya tentulah daging bakar penyet yang hanya berharga RM9 bagi satu set. Murah kan, dah lah sedap dan penuh satu pinggan.

Selain itu ada juga menu lain seperti ayam, lele, dan burung puyuh penyet.

Screen Shot 2015-10-13 at 1.36.44 AM

Terletak di Meru Klang

Screen Shot 2015-10-13 at 1.14.27 AM

Untuk pengetahuan korang ini terletak di Meru Klang. Tidak jauh dari pusat membeli belah Setia City Mall Setia Alam.

Saranan kami, hati mesti mau kental jika ke sini memandangkan ramai yang sanggup menunggu untuk merasai sendiri menu spesial ini.

Yang lain-lain kami taknak cakap lebih, kalau mengenai rasa kambing bakar penyet memang terbaik!

SKIP THIS AD ×