berita

‘Kami Tak Kenal Pun Siapa Lelaki Itu’ – Pengurus Fathia

July 19th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini pelakon Zarina Anjoulie memuatnaik gambar seorang lelaki pertengahan usia yang didakwa mengganggu dirinya dan Fathia Latiff. Lelaki itu dikatakan turut mengajak mereka bermalam di hotel.

Artikel berkaitan: Pemimpin PH Mana Ajak Zarina Anjoulie ‘Check In’ Ini? Serius Buat Malu

Fathia Latiff juga mendapat tempias itu dan mengakui dia cuba didekati lelaki ahli politik yang mengajaknya bermalam di sebuah hotel.

Tidak kenal lelaki itu

Fathia menerusi pengurusnya, Danny berkata lelaki berkenaan cuba untuk mendekati Fathia menerusi Instagram Zarina Anjoulie. Malah, mereka tidak mengenali siapa individu tersebut sehingga Zarina memuatnaik status berkenaan di IG miliknya.

Kami tak kenal pun siapa lelaki itu. Mungkin dia terlihat gambar Fathia dalam IG Zarina dan mahu menggunakan IG Zarina sebagai medium untuk mendekati Fathia. Fathia sebelum ini pun pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga dia sukar mendapat tawaran berlakon.

Sebab itu sekarang ini dia tidak mahu terbabit lagi dalam sebarang kontroversi dan hanya fokus kepada kerjaya seninya dengan memasuki kelas vokal dan memantapkan lakonan.

Fathia enggan panjangkan cerita

Selepas isu terbabit tular, Zarina pernah untuk menghubungi dan ingin berjumpa Fathia tetapi ditolak kerana Fathia enggan memanjangkan perkara itu selain dalam fasa untuk memulih imejnya dalam industri.

Mereka tidak bergaduh tetapi Fathia tidak mahu beritanya kembali menjadi bualan disebabkan kontroversi negatif kecuali berkaitan kerjaya seninya sahaja.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×