berita

Kapsyen IG Disangka Beri Bayangan Putus Tunang, Elfira Loy ‘Sound’ Pengikut

February 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Desas-desus status tali pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi hangat diperkatakan beberapa hari ini. Ramai yang membuat spekulasi hubungan mereka apatah lagi media melaporkan Sufian menukar nombor telefon untuk mengelak dihubungi.

Kedua-dua mereka setakat ini tidak memberi kenyataan rasmi bagi ikatan yang dibuat sejak Oktober tahun lalu itu. Pun begitu, status media sosial Elfira dijadikan saluran netizen menduga apa yang terjadi antara mereka.

Kapsyen IG cipta spekulasi

Dalam post Instagramnya 9 jam lalu, Elfira meletakkan kapsyen mengatakan manusia boleh membuat spekulasi tanpa mengetahui kisah disebaliknya. Tambahnya, Islam mengajar dirinya untuk sentiasa melayan sesiapa saja sebaik mungkin dan memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain.

Menurut pelakon genit ini lagi, apa yang keluar dari mulut adalah cerminan hati. Sebelum berkata-kata, adalah lebih baik melihat diri sendiri terlebih dahulu

Tidak ada frasa atau ayat yang menerangkan situasi putus tunang atau apa-apa yang berkaitan hubungan peribadinya ketika ini. Namun, ada suara-suara sumbang mencipta telahan tanpa asas.

Confirm putus tunang la ni?

Membuat andaian sendiri, pengikutnya yang bermulut lancang mengatakan kapsyen berkenaan adalah bayangan Elfira sudah putus tunang. Pengguna dengan nama msfafa_96 itu juga sempat berpesan kepada supaya move on dengan perkara itu.

Komen berkenaa dipersetujui oleh seorang lagi ntizen yang katanya sudah mengagak kejadian itu. Katanya dia sudah terbiasa dengan ‘drama artis-artis’.

Elfira kemudiannya membalas komen itu dengan bertanyakan sama ada mereka tidak faham dengan kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris berkenaan.

Terima kata-kata semangat

Sumber: Elfira Loy

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×