berita

Kasihan Mesut Ozil, Sampai Dah Tak Nak Main Untuk Pasukan Jerman..

July 23rd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Mesut Ozil merupakan antara pemain bola sepak terkenal di dunia. Ozil merupakan seorang Muslim, mempunyai darah Turki dan telah dibesarkan di negara Jerman. Bekas pemain Real Madrid itu juga merupakan pemain utama dalam skuad bola sepak Jerman ketika mereka memenangi Piala Dunia pada 2014.

Tetapi nasib Jerman tidak baik apabila mereka tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia edisi 2018. Walaupun, bola sepak adalah sukan berpasukan namun ramai menyalahkan Ozil kerana tidak bermain dengan baik. Lebih teruk lagi apabila pemain Arsenal itu dikecam kerana telah berjumpa dengan pemimpin Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan.

‘Saya mempunyai dua hati, satu Jerman & satu Turki’

Isu foto bersama Presiden Erdogan itu telah diperkatakan sebelum kempen Piala Dunia bermula lagi dan foto itu telah mencetuskan tanda tanya mengenai kesetiaan Ozil terhadap negaranya. Ozil mempertahankan tindakannya berjumpa dengan Erdogan kerana atas dasar hormat kepada pemimpin tertinggi negara keluarganya. Tiada kaitan dengan isu politik dan sebagainya.

Seperti ramai orang lain, asal usul nenek moyang saya lebih dari satu negara. Walaupun saya membesar di Jerman, latar belakang keluarga saya adalah dari Turki.

Saya mempunyai dua hati, satu Jerman dan satu Turki.

Dianggap sebagai ‘kambing hitam’

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Ozil mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya di laman Twitter. Selain daripada kecaman diterima gara-gara bergambar dengan Presiden Turki, dia juga telah mendakwa dirinya telah menerima layanan yang tidak adil dari Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB). Salah satunya adalah tidak mempertahankan dan beri sokongan ketika dia teruk dikecam.

Layanan dari Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) telah membuatkan saya sudah tidak ingin menyarung jersi Jerman. Saya tidak akan bermain selagi sifat perkauman dan sikap tidak hormat berterusan.

Ozil turut meluahkan rasa kecewanya terhadap Presiden Persekutuan Bolasepak Jerman, Grindel kerana menjadikannya sebagai ‘kambing hitam’.

Paling mengecewakan saya berhubung isu melanda sejak beberapa bulan kebelakangan ini adalah sikap DFB menerusi presiden, Richard Grindel yang langsung tidak mempertahankan saya,”  katanya.

Ketika saya mahu menjelaskan kepada Grindel mengenai situasi sebenar, dia sebaliknya lebih berminat untuk bercakap mengenai pandangan peribadinya dalam politik dan menafikan pandangan saya,” kata Ozil.

Saya tidak mahu lagi menjadi kambing hitam kepada Grindel yang gagal melaksanakan tugasnya dengan baik.

Sudah lama pendam perasaan

Tambah Ozil;

Saya dianggap sebagai orang Jerman ketika menang, tapi dianggap imigran jika kalah. Rakan-rakan pasukan saya seperti Klose dan Podolski tidak pula dipanggil Jerman-Polish. Tapi mengapa saya digelar Jerman-Turkish? Apakah kerana keturunan saya Turki? Atau adakah kerana saya seorang Muslim?

Saya sudah serik. Itu bukan sebab mengapa saya bermain bola sepak. Jika itu masih berlaku, saya tidak akan duduk dan tidak berbuat apa-apa. Sifat perkauman akan sesekali tidak akan boleh diterima.

Sumber: Twitter Bleacher Report

SKIP THIS AD ×