berita

Kau Bersayang Sayang Dengan Bini Orang, Muntahlah Dik! – Che Ta Mengamuk, Bengang Dengan Penyanyi Baru?

June 11th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Orang cakap sarang tebuan jangan dijolok! Marah betul Che Ta kali ini. Menerusi Instagram miliknya, Che Ta memuatnaik foto beserta kapsyen berbaur amaran kepada seorang penyanyi muda yang sebelum ini pernah dikecam kerana lagunya.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Penyanyi Baru Ini Teruk Dikecam Warga Internet, Ramai Yang Berdarah Telinga Dengar

Che Ta dilihat tidak mampu menahan sabar dan rimas dengan tindakan penyanyi terbabit yang sering memanggil dirinya sayang.

“Jangan kacau hidup orang lain”

Allah dah bagi kau jadi pompuan kau nak jadi jantan !!!
Dah jadi jantan , kau kacau bini orang!!!!
Kau nak jadi apa sebenaqnya?????
Jadi syaiton ka????? .
Kau dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik!!!!
Bulan- bulan posa ni muhasabah la diri !!!!.
Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain!!!
Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan kau!!!
Pujuk tk makan saman, marah pun kau tak heran , ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq muka ala2 jantan kau dik!.
DELLADELLON

Menurut Che Ta, dia terpaksa menggunakan cara ini sebagai jalan terakhir selepas kedegilan penyanyi terbabit yang terus mengganggu dirinya. Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber : Rozita Che Wan

SKIP THIS AD ×