berita

‘Kau Bukan PM, Bukan Ketua Angkatan Tentera’ – Netizen Kecam Aliff Syukri Mohon Guna Cermin Gelap

October 11th, 2017 | by Lyna | 0 comments
63K
reads
7.6K
shares
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri sempat berkongsi gambar surat yang diterima beliau dari pihak polis.  Kandungan surat tersebut menyatakan permohonan untuk memasang cermin gelap pada kereta persendiriannya tidak disokong oleh pihak berkuasa.

Kecewa dengan keputusan tersebut, Aliff bertindak meluahkan perasaannya di laman Instagram.

“Tolong lahh saya”

Dalam kiriman postnya, dia menulis, “sedih.. dah mohon kena tolak tak mohon kena saman.. kalau tak pakai hidup saya tak tenteram lah tuan poliss tolong lahh saya”.

Kata-katanya itu sedikit sebanyak telah meraih perhatian netizen yang beranggapan luahan Aliff itu berbaur bongkak, dan kemudiannya bertindak menasihatinya.

Sindiran Netizen

Malah, ada yang melontarkan komen yang mengatakan Aliff tidak layak untuk guna cermin gelap walaupun mendukung gelaran ‘Dato’.

 

 

Kesian Dato. Lumrah orang kaya tok. Sabo je la. Pada pandangan korang pula, patut atau tidak Alif Syukri dibenarkan guna cermin gelap untuk kereta miliknya?

Sumber: Aliff Syukri

Most read today

Recommended for you