berita

Kebajikan Ahli Seniman Tak Terbela, Rakan Artis Tampil Pertahankan Tiz Zaqyah

October 16th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Setelah menjawab dakwaan Zed Zaidi, beberapa rakan artis tampil dan mempertahankan Tiz Zaqyah menerusi laman sosial masing-masing.

Antaranya Ungku Ismail Aziz, Syazwan Zulkifly dan Sharifah Amani yang memberi kenyataan senada dengan apa yang dialami Tiz sendiri.

Tiz hanya bertanya, tapi diselar kembali

Menurut Ungku Ismail Aziz, tindakan Tiz hanyalah bertanya dan tidak semestinya hanya boleh dibuat dalam mesyuarat tertutup sahaja. Tiz bertanyakan kelebihan menyertai Seniman beserta yuran namun ahlinya tidak diberi jaminan keselamatan ketika bekerja.

Tambahnya lagi, kenapa perlu banyak melibatkan dengan mesyuarat kerana banyak isu dalam industri seperti bayaran gaji, waktu bekerja tidak menentu, hak dan perlindungan pemain industri, masih tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang.

Baginya, persatuan pelakon mungkin tidak sama dengan tahap Hollywood, akan tetapi para pelakon sewajarnya diberikan perasaan terbela itu terjamin. Jika sudah mempunyai sebuah persatuan yang kukuh, sudah pasti pihak bank tidak meletakkan industri lakonan sebagai satu bidang berisiko apabila melibatkan pinjaman, katanya lagi.

Sharifah Amani pernah cuba jadi AJK

Sharifah Amani menerusi Twitter pula mengakui pernah menganggotai ahli jawatan kuasa Seniman pada 2014. Dia bersama beberapa rakan seangkatan seperti Lisa Surihani, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan Dira Abu Zahar sepakat untuk melihat perubahan dalam persatuan itu.

Mahu ubah dari dalam, tak tahu apa jadi sekarang

Amani atau mesra disapa Nani juga mengatakan dia dan rakan-rakan cuba membuat perubahan dari dalam, bekerja dan belajar bagaimana Seniman berfungsi, namun sehingga hari ini dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi.

Dia beranggapan dia dan rakan-rakan mungkin sudah penat atau sudah berputus asa atau tidak mencuba sehabis baik untuk persatuan itu.

Seniman tak ambil tahu masalah ahli

Bagi pelakon Juvana, Syazwan Zulkifly, sebagai ahli, masalahnya yang digam oleh sebuah stesen TV tidak diambil tahu atau diselesaikan Seniman. Malahan, isunya itu sudah dikeluarkan di media namun tiada tindakan diambil oleh persatuan itu untuk menolongnya sebagai seorang ahli berdaftar.

Syazwan berpendapat berkemungkinan Seniman mempunyai kes ahli yang lebih besar seperti saman-menyaman, artis baling telefon dengan suami dan sebagai. Dia juga menggelarkan Seniman sebagai ‘funnyman’ dalam post Instagramnya itu.

Sumber: Ungku Ismail Aziz , Syazwan Zulkifly , Sharifah Amani

 

 

 

 

SKIP THIS AD ×