berita

Keek: Aaron Aziz Pula Dapat Jolokan Brad Pitt Malaysia

July 30th, 2013 | by Ai
Video Popular

AA

Jika Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari digelar pasangan Beckham Malaysia oleh peminat mereka, kali ini giliran Aaron Aziz pula mendapat jolokan Brad Pitt Malaysia dari seorang pengacara majlis di Hong Kong.

Perkara itu telah dikongsikan oleh isteri Aaron, Diyana Halik melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman Keek.

Video berdurasi 13 saat itu menunjukkan pengacara majlis berkenaan memperkenalkan Aaron kepada khalayak ramai dengan menggelar pelakon kelahiran Singapura itu sebagai Brad Pitt sebelum meneruskan acara.

Bagi yang masih belum tahu, Aaron kini sedang berada di Hong Kong kerana menyertai sebuah acara perlumbaan ‘Visa Go Hong Kong Super Shopper’.

Screen Shot 2013-07-30 at 13.45.54

Aaron dan pasangannya dalam pertandingan Visa Go Hong Kong Super Shopper

Untuk pengetahuan anda, pertandingan ini terbuka kepada peserta dari Malaysia, Cina, India, Indonesia, Filipina, Singapore, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

Untuk memenangi kredit perbelanjaan daripada Visa berjumlah HK$200,000, pasangan peserta dari setiap negara perlu menyelesaikan cabaran yang diberikan dalam masa satu hari berdasarkan kepada agenda yang ditetapkan.

Disebabkan pertandingan itu baru bermula, maka sama-samalah kita menanti keputusan sama ada Aaron dan pasangannya muncul juara ataupun tidak.

Sementara itu, jom layan video dan beberapa keping foto yang dikongsikan oleh Aaron sepanjang menyertai Visa Go Hong Kong Super Shopper di bawah.

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz

SKIP THIS AD ×