berita

Keek : Anak Tomok Tertidur Ketika Sedang Makan

July 23rd, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-23 at 11.22.49 AM

Rasanya, jika ada pertandingan anak selebriti manakah yang paling comel dan mempunyai peminat paling ramai, tak salah jika kami katakan Arrian, anak kepada Tomok sebagai bayi yang paling popular, kan?

Menerusi akaun Keek Tomok, penyanyi ini memang sering memuatnaik video gelagat dan telatah anaknya ini untuk tontonan peminat. Melalui akaun yang sama jugalah terbitnya parodi video “Biasa Dia” yang pada asalnya dari Tomok dan Arrian.

Terbaru, Arrian sekali lagi memikat perhatian para peminat apabila gelagatnya yang tertidur ketika sedang makan telah dimuatnaik. Berdurasi 21 saat, Arrian hampir-hampir tertidur ketika disuap makanan oleh ibunya. Lebih melucukan, anak Tomok ini akhirnya menangis kerana tidak tahan disuapkan makanan.

Screen Shot 2013-07-23 at 11.23.08 AM

Comel kan? Sehingga tertidur disuap makanan

Untuk pengetahuan, Arrian telah dilahirkan pada 29 Mei 2012 hasil perkongsian hidup Tomok & Ayu.  Mari lihat video selepas ini.

SKIP THIS AD ×