berita

Keek: Hanis Zalikha Menyanyi Untuk Hairul Azreen

July 29th, 2013 | by Ai
Video Popular

Hanis Hairul

Kalau diperhatikan, sudah agak lama juga gosip cinta antara Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bertebaran di media. Namun kedua-dua mereka lebih selesa menganggap hubungan yang terjalin cuma sekadar teman rapat.

Walaupun Hanis dan Hairul masih menafikan gosip itu, timbul juga kemusykilan di hati peminat lebih-lebih lagi apabila hubungan mereka kini dilihat semakin rapat hingga Hanis sanggup menggembirakan Hairul yang sedang dalam kesedihan.

Keakraban itu dikongsikan sendiri oleh Hairul melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman Keek dengan caption yang berbunyi begini:

@haniszalikha menyanyi, bagi saya happy kerana VISA UMRAH saya tak approve TQ #Keknis bust saya :)

timthumb.php

Hairul dan Hanis dikatakan sedang bercinta

Melalui video itu, tidak kelihatan wajah Hanis namun kedengaran suara comel blogger yang semakin popular itu menyanyi menggunakan bahasa Minion.

Untuk pengetahuan semua, Hairul pernah berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan umrah selepas muncul sebagai juara dalam program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia bersama Dazrin Kamarudin.

Hairul yang telah putus cinta dengan pelakon, Faralyna Idris dipercayai mula rapat dengan Hanis selepas dia menyertai program realiti tersebut. Bagi yang belum melihat video nyanyian Hanis, jom tonton di bawah. Semoga anda juga terhibur seperti Hairul.

SKIP THIS AD ×