berita

Kellan Lutz dan Wu Chun Beraksi Dalam Filem Sci-fi dan Seram, Guardians of The Tomb bakal menghantui korang semua!

January 15th, 2018 | by Azyan
Filem Antarabangsa

Tahun 2018 ni betul-betul lah meriah dengan banyak movie baru! Sekarang ni baru bulan Januari tapi dah macam -macam movie keluar kan? Korang dah tengok ke semua movie yang keluar tu? Kalau belum, pergi wayang cepat sebelum tamat tempoh screening!

Ha, ada peminat filem sci-fi dan seram? Ini masa yang korang nanti-nantikan! Ada jugak filem sci-fi dan seram yang bakal ditayangkan. So korang wajib tengok cerita ni! Memang thrill gila weh tengok trailer dia!

Cerita pasal apa tu?

Movie yang bertajuk “Guardians Of The Tomb” ni mengenai sekumpulan saintis yang kehilangan teammate diorang sewaktu pergi mencari sejarah! teammate mereka hilang dalam laluan atau maze yang kuno! Demi untuk menyelamatkan kawan mereka, kumpulan tu kena hadapi pelbagai rintangan yang boleh menyebabkan kematian!

Sambil melalui rintangan tersebut, mereka juga kena merungkai rahsia disebalik kepandaian dan kekuatan musuh sebelum terlambat! Fuh, belum tengok dah terasa bahangnya!

Pelakon dia semua helok-hekok guys! Korang kenal tak ni? Inilah Kellan Lutz yang memegang watak sebagai Emmett Cullen dalam Twilight! Lain betul kan? Lagi macho dengan jambang dan badan yang sasa.. fuh!

Korang peminat cerita Hanazakarino Kimitachihe, Tokyo Juliet ataupun Hot Shot? Mesti korang kenal pelakon handsome, Wu Chun ni! Mesti korang tak sangka dia boleh belakon cerita ni kan?

Antara pelakon lain dalam filem ini ialah Li Bing Bing dan Kelsey Grammer! Ada banyak kali pelakon yang best-best..korang nak tahu? Kena lah tengok cerita ni!

Omg excitednya! Bila tarikh release?!

Korang boleh pakat dengan kawan-kawan korang untuk tengok cerita ni pada 1 Februari 2018 ni!! Memang tak akan bosan punya guys, sebab filem ni difilemkan di Gold Coast Australia, Dunhuang dan Beijing, China! Tengok trailer dia pun dah excited nak tengok. Seram, thrill, sci-fi semua ada lah! So korang jangan lupa okay tengok movie ni kat wayang!

SKIP THIS AD ×