berita

Keluarga Terhutang Budi, Budak 11 Tahun Jadi Bini

June 30th, 2018 | by faris
Kini Trending

Kecoh di media sosial apabila seorang lelaki dikatakan berkahwin dengan gadis 11 tahun dipercayai di negara jiran. Kisah itu dimuatnaik oleh isteri kedua lelaki berkenaan menerusi Facebooknya semalam.

Artikel berkaitan:Biar Betul Kahwin Budak Umur 11 Tahun? Isteri Ini Cerita ‘Kisahnya’

Namun, lelaki berkenaan nyata mempunyai alasan tersendiri mengenai kisah isteri ketiganya yang hangat diperkatakan ketika ini.

Dakwa gambar nikah diedit

Menafikan pernikahannya buat kali ketiga apabila ditanya oleh isteri keduanya, lelaki itu berkata gambar yang tersebar itu sebenarnya adalah diedit dan bukan gambar sebenar. Namun menurutnya lagi, jika benar, dia hanya mengikut sunnah Nabi.

Suami menafikan dia berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun kerana katanya tidak munasabah walaupun sebenarnya dia memang sudah kahwin.

Dia juga memberitahu bahawa gambar perkahwinannya dengan isteri ketiga yang saya dapat daripada isteri pertama, sudah disunting.

Malah katanya, jika dia berkahwin lagi, itu kerana mahu mengikut sunnah Nabi SAW.

Nafi khabar angin sudah kahwin

Si isteri dalam kenyataannya kepada Harian Metro berkata dia ada bertanya kepada suaminya mengenai kebenaran pernikahan kali ketiga itu namun dinafikan lelaki tersebut.

Saya ada bertanya pada suami sama ada betul atau tidak dia berkahwin dengan kanak-kanak itu yang tinggal di Kampung Panggung Lalat, tetapi dia menafikan perkara itu.

Saya tidak marah dia berkahwin lagi, namun tidak bersetuju kerana isteri baharu itu masih kanak-kanak dan berkawan dengan anak tiri saya berusia 15 tahun.

Sebelum mereka berkahwin, saya ada dengar khabar angin daripada penduduk kampung bahawa suami akan berkahwin dengan budak itu tetapi suami tetap menafikannya.

Wanita tersebut turut diberitahu perkahwinan suaminya itu terjadi kerana keluarga ‘madunya’ itu telah terhutang budi dengan lelaki terbabit.

Saya juga dimaklumkan perkahwinan suami dengan isteri ketiga berlaku kerana keluarga kanak-kanak itu terhutang budi dengan kebaikan suami.

Saya reda dengan perkahwinan suami, namun berharap suami dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan adil.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×