berita

Kemeriahan Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 Buat Ramai Nak Datang Untuk Sesi Kedua Pula

March 20th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Dengar cerita, ramai betul yang datang Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 kat Mid Valley minggu lepas. Antara golongan yang hadir ialah pelajar lepasan SPM, STPM dan UEC, ibu bapa, guru, pelajar universiti, golongan bekerja, ahli industri dan orang awam. Semuanya datang dengan niat nak sambung belajar. Memang meriah habis.

Aduh, terlepas nak pergi. Jangan risau! Ada sesi kedua bakal berlangsung. Yay! Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 akan diadakan lagi pada 24 dan 25 Mac 2018 (Sabtu dan Ahad). Tempat masih sama iaitu Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur (Dewan 1, 2 & 3, Atrium & Foyer) dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Macam biasa, masuk percuma!

Boleh “shop” kat sini, macam-macam ada

Kalau cakap pasal shop, mesti ingat shopping kan. Tapi kali ni korang shopping untuk masa depan. Hehe. Ada banyak booth yang sediakan info tentang universiti, kolej dan bidang menarik untuk korang ceburi. Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 kali ni juga tawarkan pelbagai program merangkumi peringkat Diploma, Degree, Master, PhD, dan lain-lain. Wow!

Banyak bidang yang boleh korang pilih. Antaranya Pengurusan Hotel, Perakaunan, Penerbangan, Masakan, Perniagaan, Kejuruteraan, Sains Komputer dan IT, Perubatan, Muzik, Pelancongan, Kejururawatan, Automotif, Dandanan Rambut, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Krew Kabin, Pilihan Latihan Kemahiran, Kaunseling Aptitud serta banyak lagi ada di Ekspo Pendidikan Tinggi 2018. Confirm korang rambang mata!

Berikut merupakan Highlight Ekspo. Boleh la korang survey apa yang ada nanti. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan majalah percuma kat situ. Kena cepat grab sebab ada 500 naskhah je. Berguna untuk rujukan korang juga bila dah sambung study nanti. Weee…

Jawapan untuk masa depan, tanya pada si pakar

“Apa agaknya kursus yang sesuai untuk saya?”, “mana tempat terbaik untuk sambung study?”, “bidang apa yang terbaik untuk saya?”. Ni antara soalan cepumas yang biasa ditanya oleh mereka yang masih baru. Terutama lepasan SPM dan STPM. Biasalah tu.

Tapi jangan risaulah. Kat Ekspo Pendidikan Tinggi 2018, korang boleh dapatkan khidmat nasihat pakar untuk setiap bidang. Kalau korang musykil pasal bidang yang korang minat, boleh mintak pendapat diorang. Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Tanya terus kalau tak faham. Taklah korang terpinga-pinga lagi lepas ni.

Ceramah Kerjaya terbuka pada semua orang

Paling menarik tentang Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 ialah Ceramah Kerjaya yang terbuka kepada semua. Boleh dapat pencerahan tentang bidang dan kerjaya yang korang nak. Pakar industri yang berpengalaman turut kongsi cabaran bakal ditempuhi sepanjang pengajian dan kerjaya. Tak adalah korang ternganga bila dah sambung study dan kerja nanti. Hihi.

Nah jadual Ceramah Kerjaya untuk Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 pada sesi kedua. Korang kena datang awal sebab tempat duduk untuk ceramah ni terhad tau. So, siapa cepat, dia dapat. Mesti korang tak nak lepaskan peluang keemasan untuk join ceramah ni kan? Yang bestnya, tak ada yuran pendaftaran. Yay!

Sertai Scholarship & Plinko Contest, hadiah utama memang awesome

Siapa kat sini tak suka dapat hadiah? Tipulah. Semua orang mesti suka. Admin syorkan korang untuk sertai Scholarship & Plinko Contest yang ditajakan oleh Brickfields Asia College. Korang berpeluang memenangi hadiah utama iaitu 100% Biasiswa Penuh daripada Brickfields Asia College. Seriuslah?

Ada banyak lagi hadiah menarik! Antaranya Asus Notebook, barangan T3 Pimple Solution dan Baby Foot, Baucar Makanan Fish & Co dan Sakae Sushi, Baucar kasut Flexx, Baucar barangan komputer Thunder Match dan banyak lagi. Tertakluk kepada terma dan syarat. Rugi kalau tak nak join sebab hadiah lumayan.

Contest ni terbuka pada mereka yang berumur 17 hingga 22 tahun (kelahiran 1996 hingga 2000). Macam mana nak join? Senang je! Submit info korang kat sini untuk daftar dan join Scholarship & Plinko Contest. Hadiah utama biasiswa penuh kot. Tak nak lepaskan!

Take note tarikh pada 24 dan 25 Mac 2018 (Sabtu dan Ahad) di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur (Dewan 1, 2 & 3, Atrium & Foyer) dari jam 11 pagi hingga 7 malam. Jom kita meriahkan Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 untuk sesi kedua pula.

Nak info lanjut, hubungi 03-61561500 atau layari laman web All Fairs – Sureworks. Jangan lupa klik sini untuk daftar dan join contest. Ajak satu keluarga pergi. Boleh kongsi pendapat sama-sama. Mesti seronok!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×