berita

‘Kena Gelak Dengan Kawan-kawan & Saudara-mara Kerana Tak Belajar Betul-betul’ – Izzue Islam Kongsi Cerita Sebelum Bergelar Artis

December 7th, 2017 | by Ai
Lensa Insta

Di dalam dunia yang serba mencabar ini, siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Pelbagai rintangan harus kita hadapi kerana kejayaan tidak akan datang bergolek.

Itulah yang dikongsikan oleh penyanyi dan pelakon, Izzue Islam di akaun Instagram miliknya  tentang cabaran yang terpaksa dia hadapi sebelum bergelar artis berjaya. Berkat usaha, sabar dan kerja keras Izzue selama ini yang membuatkan dia berjaya seperti sekarang.

Hidup susah

Izzue berkongsi kisah hidupnya sebelum bergelar artis sehinggalah berjaya seperti sekarang kepada pengikutnya di Instagram agar menjadi teladan untuk terus berusaha mengejar cita-cita mereka. Izzue juga berkata, sebelum dia bergelar artis, dia tidak kisah untuk melakukan apa-apa pekerjaan yang penting halal.

Dia juga turut diperlekehkan oleh saudara-mara dan rakan-rakannya namun, perkara tersebut tidak langsung melemahkan semangatnya.

Ni aku yang dulu. Masa sebelum aku berlakon. Pakai baju Lacoste tapi bundle punya rm15. Alhamdulillah masa tu dah mampu beli kereta Toyota lama KE10 dengan harga RM1000 kat orang cina ampang. Lesen takda. Tapi aku peduli ape masatu. Pakai sampai tangki air pecah sehinggalah tersadai & sudahnya aku jual kat besi buruk. Nak bagitahu korang yg itulah aku, aku kerja macam2 sebelum aku jadi macam sekarang! Tak kira lah kerja ape pon asal kau bagi aku duit HALAL. Penah kene gelak ngan kawan2 & sedara-sdara katanya masa dulu tak nak belajar betul-betul. anak orang lain habis SPM sambung belajar, aku pulak dok sebok jamming main muzik! sebab tu aku sanggup naik KL untuk tengok konsert KAMI kat bukit Jalil sampailah aku tersangkut kat KL membising ni. Tapi sapa sangka? Allah nak bagi & tarik REZEKI kat seseorng tu tanpa sempadan tau. Kalau niat kau iklhas, kau usaha, doa & kau SABAR, Dia akan bagi. percayalah. Orang yg paling percaya & support aku masa tu sampai lah sekarang mmg aku sayang sampai aku mati! Sapa? Mak Ayah Nenek Abang & Bini aku! #izzueislam

 

Rezeki tuhan siapa sangka

Izzue turut berkata jika Allah itu mahu memberi atau menarik rezeki, tiada siapa yang boleh menghalang-Nya. Tambah Izzue lagi, jika niat kita ikhlas, selalu berdoa, usaha dan sabar, percayalah Dia akan bagi.

Izzue turut berterima kasih kepada semua orang yang percaya dan menyokongnya daru dulu hinggalah sekarang terutamanya isteri dan ahli keluarga.

Netizen Puji

Sumber: Izzue Islam

 

 

SKIP THIS AD ×