berita

Kenapa Filem ‘Deep’ Tak Terima Sambutan Di Malaysia? Baca Pandangan Individu Ini.. Setuju?

January 18th, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Isu mengenai industri perfileman negara menjadi topik yang lantang dibicarakan para artis. Sebelum ini pelakon Beto Kusyairi dan Zahiril Adzim  pernah meluahkan rasa kecewa dengan industri yang sering sahaja menayangkan filem-filem bergenre sama. Malah, kedua menyalahkan audiens sebagai punca berlakunya lambakan drama/filem-filem yang menyajikan jalan cerita yang terikat dengan skrip yang mendukung adegan-adegan klise.

Berhubung perkara ini, seorang individu yang dikenali sebagai @neddokhan di Twitter berkongsi pandangan menarik mengapa audiens khususnya golongan muda lebih bersifat terbuka memilih karya ‘mainstream’ daripada yang besifat ‘berat’.

Sebab audiens pilih sesuatu

Semua pakai duit

Memandangkan semuanya memakai duit, pengguna Twitter itu berkata pastinya sebagai audiens mereka akan memilih untuk berbelanja pada filem yang mereka merasakan berbaloi atau ‘masuk’ dengan jiwa.

Pilih karya yang dekat dengan hati

Sambungnya, industri perfileman tidak boleh mengharapkan audiens untuk terus bersikap ‘menerima’ terhadap sesuati karya berat, sebaliknya perkara ini berlaku secara berperingkat sambil melihat kepada keadaan dunia semasa.

Jangan harap audien terus suka, tengok keadaan semasa

 

 

Menurutnya lagi, anak muda kini lebih memilih untuk menonton karya-karya ‘ringan’ kerana ia adalah satu bentuk ‘eskapisme’ daripada dunia realiti yang semakin kusut. Jelasnya, mereka akan cuba mengelak daripada menonton filem-filem yang membebankan minda sebaliknya mahukan sesuatu yang lebih santai.

Ada banyak lagi benda nak fikir

Dia juga berkongsi adalah lebih baik jika kita memikirkan yang asas sebelum mengharapkan orang berfikir tentang perkara-perkara lain. Perubahan itu berlaku secara berperingkat, maka betulkan asas terlebih dahulu.

Yang asas dah habis discuss?

Jangan mudah kecam audiens

Ada sebabnya mengapa seseorang audien atau penonton itu memilih sesuatu dan salah satu faktor yang mempengaruhi pemilihan mereka adalah keadaan semasa dunia. Jadi janganlah begitu cepat menunding jari kepada penonton.

Sumber: Twitter @neddokhan

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today