berita

‘Kenapa Perlu Rasa Takut?’ – Dikhabarkan Bakal Berkahwin, Ini Jawapan Gong Yoo

January 22nd, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Buat peminat drama korean pasti kenal dengan pelakon kacak, Gong Yoo. Baru baru ini, viral berita mengenai pelakon ini dikhabarkan bakal berkahwin dengan pelakon cantik, Jung Yumi. Ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara ini adakah benar atau tidak.

Menerusi KBS World, die menemuramah pelakon itu sendiri dan ini jawapan diterima. Kalau betul pun apa salahnya kan?

Kenapa perlu rasa takut

Kenapa mereka perlu rasa takut? Sepatutnya mereka rasa gembira. Saya juga mahu kahwin dan mahukan anak sendiri.

Pihak KBS World menemuramah Gong Yoo dan memberitahu bahawa ramai peminatnya yang akan takut jika berita perkahwinannya itu benar. Namun, Gong Yoo dengan tenang memberitahu bahawa peminatnya harus gembira jika dia mahu berkahwin.

Kalau sebelum ini, pelbagai cerita mengenai pelakon ini bakal berkahwin di beberapa laman website. Ada juga dakwaan mengatakan Gong Yoo sudah menempah hotel di Seoul untuk majlis perkahwinan mereka itu nanti. Berita itu tular di seluruh negara dan ada juga yang tidak percaya dengan berita disebarkan.

 

Mereka berdua pernah berlakon bersama dalam filem ‘Silenced’ pada tahun 2011 dan tahun lepas dalam filem paling berjaya di Malaysia ‘Train To Busan’. Apabila ditanya apa pandangan mereka berdua terhadap satu sama lain. Gong Yoo hanya membalas ‘Great’. Walau bagaimanapun pihak agensi memaklumkan berita itu tidak benar.

Ramai juga tidak berpuas hati dengan jawapan agensi memandangkan sebelum ini pasangan Jong Ki dan Hye Kyo turut menafikan perkara ini. Apa apa pun peminat seluruh negara sentiasa menyokong hubungan mereka berdua.

Ramai sokong

Sumber : KBS World

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×