berita

Kenapa Pula Ryan Reynolds dan Samuel L. Jackson Bergaduh Sampai Nak Bunuh-Bunuh Ni?! Ohh..Sebab Ni..

August 8th, 2017 | by Nurul
Filem Antarabangsa

Apa korang akan buat kalau korang ditugaskan untuk menjaga dan melindungi seorang pembunuh upahan terkenal? Pembunuh upahan tu pulak adalah musuh ketat korang.  Takut, dah semestinya. Setiap masa terdedah dengan bahaya. Nyawa bagaikan dihujung tanduk weh!

Tapi, itulah tugas yang harus dilaksanakan oleh Ryan Reynolds untuk menjaga si pembunuh upahan, Samuel L. Jackson ni. Hah? Ryan Reynolds kena jaga pembunuh upahan? Apa kes pulak ni?

Bila Ryan Reynolds dan Samuel L. Jackson berentap…

Haa..kalau korang nak tahu,  sebenarnya dua pelakon handal ni bukannya bergaduh betul-betul. Tapi, diorang akan bergandingan dalam filem terbaru diorang, The Hitman’s Bodyguard. So, korang boleh bayangkan tak macam mana gempak filem ni bila dua orang ni bergabung?

VS

Bila musuh tradisi terpaksa bekerjasama..

Apakata korang layan dulu trailer filem ni..

https://www.youtube.com/watch?v=OALbQUEhVWw

Amacam? Gempak kan? Haa..meh kami cerita sikit filem ni pasal apa..

The Hitman’s Bodyguard ni menceritakan seorang bodyguard, Michael Bryce (Ryan Reynolds) yang ditugaskan untuk melindungi seorang “hitman” ataupun pembunuh upahan Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) yang baru saja ditimpa masalah. Diorang dua orang ni sememangnya tak ngam dan dah lama bermusuhan disebabkan oleh beberapa peristiwa lampau.

Bagaimanapun, nak tak nak si bodyguard ni tetap kena profesional dalam melaksanakan tugasnya, yakni melindungi perjalanan si hitman sehingga tiba di Hague dalam masa 24 jam. Lepas tu pulak, perjalanan diorang ni memang sangat mencabar apabila timbul pelbagai konflik daripada musuh-musuh yang sememangnya ingin memburu nyawa si hitman.

Jom saksikan The Hitman’s Bodyguard 17 Ogos ni!

Kami yakin, korang takkan berganjak daripada kerusi korang bila tonton filem ni sebab memang ianya penuh dengan aksi yang bukan sahaja mendebarkan tetapi juga sarat dengan komedi yang menghiburkan hati.

Haa..korang rasa berjaya tak si bodyguard melindungi hitman sehingga ke akhirnya? Sempat ke tidak diorang sampai ke destinasi yang ingin dituju?

Kalau nak tahu, jom ramai-ramai gegarkan pawagam berdekatan korang dengan menonton filem epik arahan Patrick Hughes, 17 Ogos ini!

 

 

SKIP THIS AD ×