berita

“Kenyataan Anzalna 100% Fitnah” – Neelofa

June 14th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Bagi yang tidak tahu, minggu ini kecoh dengan kenyataan Anzalna Nasir terhadap Neelofa di sebuah ruangan tabloid tempatan. Kenyataan Anzalna dikatakan telah memfitnah Neelofa dan telah memberikan persepsi negatif kepada peminat terhadapnya.

Sebentar tadi berlangsungnya sesi sidang akhbar bersama Neelofa di One World Hotel, Damansara, dimana Neelofa bersama peguamnya memberikan penjelasan dan menuntut 2 perkara dari Anzalna.

“Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah,” ujar Neelofa memulakan perbualan.

Menurut peguam Neelofa, notis tuntutan telah dihantar menggunakan pos daftar dan juga serahan tangan kepada Anzalna Nasir. Jika Anzalna tidak memberikan respons dalam masa 7 hari, maka langkah seterusnya akan diambil.

Neelofa turut menambah, “Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang. Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi.”

“Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya,” jelas Neelofa lagi.

Ditanya apakah reaksi keluarga selepas mendengar khabar angin yang bertiup, Neelofa menjawab, “Ayah Lofa sendiri yang menyuruh Lofa ambil tindakan kerana Lofa ada hak. Kalau tiada bukti atas segala tuduhan itu, mungkin Anzalna perlu buat ‘public apology’.”

Kredit Foto : Rotikaya

Most Read Today