berita

‘Kerana RM100, Ramai Orang Buang Maruah Diri…’ – Guru Dedah Ibu Bapa Menipu Demi Wang Bantuan

March 13th, 2018 | by faris
Kini Trending

Keadaan ekonomi negara dikatakan berada di tahap mencabar berikutan peningkatan kos sara hidup yang perlu dihadapi rakyat. Untuk itu, pelbagai bantuan dihulurkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan beban yang terpaksa golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun, apa yang menyedihkan adalah, ada yang mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri walaupun tidak berkelayakan. Perkara itu didedahkan oleh seorang guru di laman Facebooknya baru-baru ini.

Syarat utama duit Bantuan Awal Persekolahan pendapatan bawah RM3k

Guru, Mohd Fadli Salleh mendedahkan menerusi Facebooknya mengenai ragam sesetengah ibu bapa yang sanggup menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan yang disediakan pihak kerajaan bagi keluarga dengan anak bersekolah.

Bantuan berjumlah RM100 itu bagaimanapun hanya layak bagi keluarga berpendapatan isi rumah tidak lebih RM3000 sahaja. Apa yang menyedihkan, segelintir ibu bapa menipu pendapatan bagi mendapatkan wang berkenaan.

Cikgu kena tahu berniaga ada turun naik

Paling mengecewakan menurut Mohd Fadli, ada keluarga yang mempunyai kereta sehingga buah masih meminta bantuan berkenaan dengan alasan berniaga mempunyai turun naik tersendiri.

Kesian kami asyik kena marah saja

Hanya dedah bila nak duit sahaja

Jika menipu untuk RM100, berkatkah duit itu?

Sumber: Mohd Fadli Salleh

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today