berita

Kerana Tertinggal Power Bank Dalam Kereta, Kereta Guru Sekolah Ini Teruk Dijilat Api

February 9th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kegunaan Power Bank bukan sahaja berfungsi untuk charge bateri telefon bimbit. Malah, ianya juga sangat berguna untuk golongan kaki travel diluar sana. Disebalik fungsi positifnya, juga terdapat kesan buruk terhadap keselamatan kita.

Semalam, berlaku kejadian yang hampir meragut nyawa di kawasan sekolah rendah. Sebuah kereta yang telah meletup di tempat parkir Sek. Keb. Paya Kemunting, Jitra. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang dan dipercayai kereta tersebut milik salah seorang guru yang mengajar disitu.

Power bank jana kuasa

Kes dipercayai seorang guru bernama Cikgu Arif, dimana dia tidak sengaja tertinggal power bank dalam kereta tersebut dan telah parking di kawasan letak kenderaan yang tidak berbumbung. Oleh kerana cuaca dan suhu yang terlalu panas, power bank mula meletup dan api merebak sehingga kenderaan tersebut dijilat api dalam kawasan sekolah.

Pihak bomba dan penyelamat Jitra mula tiba setelah pihak sekolah melaporkan kejadian tersebut. Bagaimanapun, netizen mula mempertikaikan fungsi pemadam api yang harus digunakan guru sewaktu kebakaran berlaku.

Dekat sekolah kan ada pemadam api

Hanya lihat dan rakam

https://www.facebook.com/zakwan.azman93/videos/pcb.1678043352308217/1566659513371400/?type=3&theater&ifg=1

Video ini dirakam oleh salah seorang pekerja kantin di sekolah berkenaan. Para guru kelihatan agak terkejut menyaksikan kemalangan tersebut. Mungkin ini pengalaman pertama yang berlaku di sekolah dengan situasi yang teruk sebegitu.

Credit: Facebook Zakwan Azman 

SKIP THIS AD ×