berita

Kerjasama Media Prima, Youtube Kukuhkan Kedudukan Media Digital

August 8th, 2018 | by Wan
Shout Out!

Media Prima Berhad (MPB) , kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Youtube melalui perkhidmatan ‘Player for Publishers’. Menerusi kerjasama ini, orang ramai berpeluang menonton kandungan bermutu tinggi yang dihasilkan oleh MPB termasuk daripada rangkaian televisyen, radio, NSTP dan Media Prima Digital di Youtube.

Kerjasama capai lebih ramai penonton digital

Kerjasama ini membolehkan Media Prima yang kini berada di kedudukan ketiga dari segi capaian penonton digital di Malaysia untuk mengjangkau lebih ramai penonton dan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai syarikat media digital paling besar di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid, berkata ketika ini terdapat permintaan yang tinggi untuk kandungan digital daripada penonton dan pengiklan.

Dengan kandungan tempatan kami yang popular dan juga penggunaan YouTube yang popular dalam kalangan penonton Malaysia, kami melihat ini sebagai penyelesaian mampan untuk menyerlahkan potensi penuh kandungan kami bagi menjana pendapatan lebih tinggi.

Selain itu, kerjasama ini juga membolehkan kumpulan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video di dalam platform milik MPB di samping memberi peluang kepada penonton untuk menikmati tontonan video yang lebih baik melalui pelbagai peranti.

Langkan ini akan membolehkan MPB menjana pendapatan mampan melalui periklanan programatik, satu daripada segmen pendapatan digital yang pesat berkembang.

Hadir sama Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam, Filipina dan Pasaran Baharu Muncul, Sajith Sivanandan; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champions at Rev Asia Berhad
Ex boyfriend Neelofa, bukan kerabat diraja, penulis bertauliah.

Most Read Today